TAJUK KEDUA PULUH DUA: MENYINGKAP HIJRAH RASULULLAH S.A.W DAN PENGAJARANNYA
firman Allah swt yang bermaksud:
"Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah, sesudah mereka dianiaya (ditindas oleh musuh-musuh Islam), Kami akan menempatkan mereka di dunia ini pada tempatnya yang baik; dan sesungguhnya pahala (amal mereka yang baik itu) lebih besar di akhirat kelak, kalaulah mereka mengetahui. Mereka itu ialah orang-orang yang bersabar (menanggung kezaliman) dan berserah diri kepada Tuhannya."
(Surah An-Nahl:41-42)
Definisi:
Dalam kamus Lisan al-arab
Ibnu Manzur, hijrah pada bahasa bermaksud keluar dari satu tempat ke satu
tempat yang lain. Hijrah Rasulullah s.a.w ialah perpindahan Nabi Muhammad s.a.w
beserta sekumpulan orang Islam (muhajirin) dari Kota Mekah Ke Kota Madinah bagi
membina Negara Islam Madinah.
Sambutan Maal Hijrah bukan
semata-mata untuk memperingati peristiwa hijrah Rasulullah s.aw dan sahabat sejati Baginda Abu Bakar Bin Abi Khohafah Al-Siddiq r.a serta
para sahabat yang lain bahkan lebih
dari itu, menyingkap seribu pengajaran
dan teladan yang membawa kepada kejayaan dakwah Nabi s.a.w di muka bumi ini.
Dalam Islam, hijrah adalah satu amalan yang amat mulia dan digalakkan di dalam
Islam. Matlamat hijrah sebagaimana yang dimaksudkan ialah berpindah daripada
persekitaran yang buruk kepada
persekitaran yang lebih baik demi menjaga kepentingan agama. Hijrah memerlukan
pengorbanan jasmani dan rohani seseorang kerana ia akan turut membawa perubahan
dan pembaharuan dalam kehidupan.
Sejarah Kemunculan
Takwim Hijrah
Tahun hijrah
amat sinonim dengan kisah penghijrahan Rasulullah s.a.w dari Mekah ke Madinah
sehingga tertubuhnya Negara Islam Madinah. Namun begitu tarikh sebenar penghijrahan itu
masih menjadi perbezaan pendapat dikalangan para ulama Islam. Menurut Sheikh
Tahir Jalaludin seorang ahli falak menyatakan bahawa pada hari Isnin 9 Rabiulawal Rasulullah tiba di Quba’
bersamaan 20 September 622 Masihi. Kemudian
itu, Baginda s.a.w meneruskan perjalanannya
hingga sampai ke Madinah pada 13 Rabiulawal 622 Masihi.
Takwim hijrah
belum bermula pada zaman Rasulullah s.a.w sehingga negara Islam berada dibawah kepimpinan Saidina Umar
al-Khattab (khalifah Islam kedua). Semasa beliau menjadi khalifah, Gabenor Abu
Musa menerima sepucuk surat dari Saidina Umar yang hanya mencatat tarikh bulan
Syaaban tanpa menyebut tahunnya sehingga Abu Musa terpaksa membalas surat itu
dan bertanya tahun yang manakah Khalifah Umar maksudkan.
Bertitik tolak
dari itu, Khalifah Umar mengarahkan supaya dibuat tarikh, bulan dan tahun dalam
takwim hijrah. Muharam dijadikan sebagai bulan pertama dalam takwim hijrah dan apabila
dikebelakangkan dari tarikh sebenar hijrah Rasulullah ke Madinah, maka 1
Muharam menjadi hari pertama tahun hijrah yang ditetapkan pada Jumaat 16 Julai
622 Masihi.
Faktor Yang
Membawa Kepada Peristiwa Hijrah:
- Hijrah merupakan perintah dari Allah s.w.t kepada Rasulullah dan para
sahabat untuk mempertahankan Islam di atas muka bumi ini.
- Saat genting sebelum penghijrahan, dakwah Rasulullah
mendapat tentangan yang cukup hebat dari kaum musyrikin Mekah.
- Ancaman bunuh dan pelbagai penyeksaan terhadap
umat Islam semakin memuncak saban hari.
- Penghijrahan Rasulullah s.a.w dan para sahabat
merupakan sebahagian permintaan
dari penduduk Madinah yang
sanggup memberi jaminan keselamatan kepada Baginda s.a.w dan para sahabat.
- Hijrah menjadi salah satu dari strategi dakwah Rasulullah
s.a.w dalam memastikan risalah Islam dapat ditegakkan di bumi ini.
Intipati pengajaran disebalik
peristiwa hijrah kepada umat Islam.
·
Umat Islam perlu berhijrah dari sikap
mementingkan keduniaan kepada mengutamakan akhirat.
·
Perancangan dan strategi cukup
penting dalam kehidupan bagi mencapai kejayaan dunia dan akhirat.
·
Persaudaraan cukup penting dalam
membina kekuatan umat Islam.
·
Masjid menjadi tempat strategik bagi
umat Islam membina permuafakatan dan perkembangan ilmu kepada masyarakat Islam.
·
Sentiasa memohon doa dalam
perjuangan.
·
Bersatu teguh dalam jamaah dan
elakkan dari perpecahan.
·
Setiap perjuangan memerlukan
pengorbanan harta, jiwa dan raga demi mencari redha Allah.
·
Hargai perjuangan nabi dan umat
terdahulu dalam menyebarkaan Islam . Justeru kita perlu berusaha menghidupkan
sunnah Nabi s.a.w dlm kehidupan supaya menjadi umat yang terbaik.
·
Jangan kita lupa bahawa musuh Islam
akan sentiasa mencari jalan menghancur Islam dengan apa cara sekalipun.
·
Umat Islam perlu berhijrah dari sikap
mazmumah(buruk) kepada sikap mahmudah(terpuji).
·
Sesungguhnya kejayaan dunia dan
akhirat hanya ada pada Agama Islam.
·
Perjuangan memartabatkan Islam perlu diteruskan
oleh umat Islam sehingga hari kiamat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan