Bersyukur dan
Bersabar
Daripada Abu Hurairah
RA daripada Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seseorang daripada kamu melihat
kepada seseorang yang diberikan kelebihan pada harta dan fizikal, maka
hendaklah dia melihat kepada seseorang yang lebih rendah (atau kurang)
daripadanya.” (Hadith riwayat al-Bukhari, No: 6490, Muslim, No: 2963, Ahmad,
No: 7800).
Matan Hadith:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِذَا نَظَرَ أَحَدُكُمْ إِلَى مَنْ فُضِّلَ
عَلَيْهِ فِي الْمَالِ وَالْخَلْقِ فَلْيَنْظُرْ إِلَى مَنْ هُوَ أَسْفَلَ مِنْهُ.
]التخريج : صحيح البخاري , كتاب الرقاق , باب لينظر إلى من هو أسفل منه ولا ينظر إلى من هو فوقه , حديث رقم 6490 ,عن أبي هريرة رضي الله عنه[
Pengajaran Hadith :
- Allah
SWT telah menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Allah SWT juga
memberikan kepada setiap hamba akan kelebihan dan kekurangan dalam sesuatu
perkara sebagai ujian. Menerusi ujian tersebut Allah SWT akan menilai
hakikat keimanan seseorang hamba, adakah dia benar-benar bersyukur dengan
kelebihan atau bersabar di atas kekurangan yang diberikan.
- Seseorang
hamba yang benar-benar beriman akan memiliki hati yang sentiasa
mengekalkan sifat syukur dan sentiasa menjauhi sifat hasad dengki serta
mengurangkan kerisauan hati kerana mengejar harta duniawi. Syukur dan
sabar dengan ujian dan godaan duniawi seperti kemiskinan dan musibah boleh
diperoleh secara memandang kepada orang lain yang lebih daif atau yang
lebih rendah daripadanya.
- Memandang
kepada seseorang yang memiliki kelebihan harta dan fizikal akan
menyebabkan bertambah keinginan atau kerunsingan yang membawa kepada
kedengkian dan mengikis sifat syukur. Adapun jika memandang kepada
seseorang yang kurang daripadanya, maka ia akan menjadikan seseorang itu
lebih bersyukur, bertambah ketenangan dan merasa cukup dengan pemberian
Allah SWT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan