Musibah Penghapus
Dosa
Daripada Abu Sa'id Al Khudri dan Abu Hurairah RA daripada Nabi
SAW bersabda: "Tidaklah seorang Muslim yang ditimpa suatu penyakit dan
keletihan, kegusaran dan kesedihan, gangguan dan kesusahan, bahkan duri yang
melukainya melainkan Allah SWT akan menghapus kesalahan-kesalahannya."
(Hadith riwayat al-Bukhari, No : 5641, Muslim, No : 2573, at-Tirmizi, No : 966,
Ahmad, No : 7684, 8070, 10714)
Matan Hadith:
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ
وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلا وَصَبٍ وَلا هَمٍّ وَلا حُزْنٍ وَلا
أَذًى وَلا غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا إِلا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ
خَطَايَاهُ
]التخريج : صحيح البخاري , كتاب المرضى , باب ما جاء في كفارة المرض
, حديث رقم 5641 , عن أبي سعيد
الخدري وعن أبي هريرة رضي الله عنهم[
Pengajaran Hadith :
- Allah
SWT Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Rahmat Allah SWT akan sentiasa
bersama-sama hamba-Nya ketika dalam ketaatan, manakala keampunan Allah SWT
pula akan sentiasa bersama-sama seseorang hamba yang bertaubat ke atas
kekhilafan atau kesilapan yang dilakukan.
- Seseorang
Muslim hendaklah sentiasa sedar bahawa setiap kejadian yang berlaku dalam
kehidupan ada hikmah yang tersendiri. Allah SWT mendatangkan ujian berupa
musibah, kesakitan, keletihan, kegusaran, sehingga duri yang menyucuk
sekalipun dan sesuatu yang menganggu kehidupan adalah sebagai kifarah
(penghapus dosa) agar hamba-Nya sentiasa dalam rahmat-Nya.
- Rahmat
Allah SWT Maha Luas. Seseorang hamba yang bersabar dengan musibah maka
akan diampuni dosanya, apatah lagi dosa seseorang hamba yang memohon
keampunan kepada Allah Yang Maha Pengampun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan