Berbakti kepada Ibu
Bapa
Daripada Abu Usaid Malik bin Rabi'ah As-Sa'idi RA berkata:
"Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba ada seorang lelaki
daripada Bani Salamah datang kepada Baginda SAW. Lelaki tersebut bertanya:
"Wahai Rasulullah, apakah masih ada ruang untuk aku berbuat baik kepada
kedua orang tuaku setelah mereka meninggal?." Baginda menjawab: "Ya,
mendoakan dan memintakan keampunan untuk kedua-duanya, melaksanakan wasiatnya,
menyambung jalinan silaturahim mereka dan memuliakan teman mereka."
(Hadith riwayat Abu Dawud, No. 5142, Ibn Majah, No. 3664, Ahmad, No. 15479)
Matan Hadith:
عَنْ أَبِي أُسَيْدٍ
مَالِكِ بْنِ رَبِيعَةَ السَّاعِدِيِّ قَالَ: بَيْنَا نَحْنُ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذْ جَاءَهُ رَجُلٌ مِنْ بَنِي سَلَمَةَ فَقَالَ يَا
رَسُولَ اللَّهِ: هَلْ بَقِيَ مِنْ بِرِّ
أَبَوَيَّ شَيْءٌ أَبَرُّهُمَا بِهِ بَعْدَ مَوْتِهِمَا؟ قَالَ: نَعَمْ, الصَّلَاةُ عَلَيْهِمَا وَالِاسْتِغْفَارُ
لَهُمَا وَإِنْفَاذُ عَهْدِهِمَا مِنْ بَعْدِهِمَا وَصِلَةُ الرَّحِمِ الَّتِي لَا
تُوصَلُ إِلَّا بِهِمَا وَإِكْرَامُ صَدِيقِهِمَا
]التخريج : سنن أبي داود , كتاب الأدب , باب في بر الوالدين , حديث رقم 5142 , عن أبي أسيد مالك بن ربيعة الساعدي رضي الله عنه[
Pengajaran Hadith :
- Seseorang
anak wajib mentaati dan berbakti kepada kedua-dua ibu bapanya, tetapi
adakah ia memadai atau terbatas ketika mereka masih hidup sahaja?. Di
dalam al-Qur’an dan hadith terdapat banyak suruhan yang memerintahkan agar
seseorang anak berbakti atau membuat kebajikan terhadap kedua-dua ibu
bapanya, dan ia tidak terbatas ketika mereka masih hidup.
- Terdapat
beberapa amalan kebajikan yang boleh dilakukan oleh seseorang anak kepada
kedua-dua ibu bapanya setelah meninggal dunia dan perkara yang paling
mudah serta dapat dikerjakan oleh semua orang pada bila-bila masa ialah
berdoa serta memohon keampunan bagi dosa kedua-dua ibu bapanya sama ada
yang masih hidup lebih-lebih lagi yang telah meninggal dunia.
- Marilah
sama-sama kita menghayati semula peranan seorang anak kepada ibu bapa.
Tanpa mereka siapalah kita dan adakah kita boleh berada dalam keadaan dan
kedudukan yang kita miliki pada hari ini?. Sedarlah bahawa tanpa keredhaan
mereka, kita juga tidak akan mendapat keredhaan Allah SWT. Semoga kita
akan tergolong dalam golongan yang diredhai-Nya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan