JAUHI BERSANGKA BURUK
SESAMA MUSLIM
Manusia juga mempunyai sikap yang lemah dan suka berbantah dalam
perkara berbentuk kebenaran seperti yang tercatat dalam Surah al-Kahf, ayat 54.
Selain itu, mereka juga tidak lari daripada bersikap zalim, jahil, pelupa,
berprasangka buruk dan sombong.
Dari kesemua sikap burk tersebut sikap yang paling sukar dihindari adalah buruk sangka
bersangka buruk atau dalam bahasa Arab su’udzan merupakan satu
sifat tercela yang amat dilarang dalam Islam.
. Firman ALLAH SWT:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ (12)سورة الحجرات
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari
sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana
sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu
mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah
kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan
daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah
tentu kamu jijik kepadanya.”
Dalam tafsir munir- ia menyatakan su’u zan itu berdosa apabila
kita buruk sangka kepada seseorang yang pada zahirnya adalah baik, soleh dan
amanah dan tetapi dengan fakta yg sedikit kita telah buruk sangka padanya
.su’ zan diharuskan jika sekiranya orang itu sememangnya sudah
dikenali sebelum itu seorang yang suka melakukan maksiat dan terang-terang dia
pernah minum arak umpamanya.. walaubagaimanapun kita tidak boleh menyebutnya
kepda umum kerana ia juga dikira berdosa
Dalam tafsir ibnu kasir pula dijelaskan su;zan itu membuat
tomahan pengkhianatan pada seseorang yang bukan pada perkara yang sebenar
Daripada semua itu, antara sikap yang sukar dikikis adalah
berburuk sangka dengan sesama manusia.
عَنْ
النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِيَّاكُمْ وَالظَّنَّ
فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيثِ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا تَحَسَّسُوا وَلَا
تَحَاسَدُوا وَلَا تَدَابَرُوا وَلَا تَبَاغَضُوا وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ
إِخْوَانًا
Dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau
bersabda: “Jauhilah prasangka buruk, kerana prasangka buruk adalah ucapan yang
paling dusta, janganlah kalian suka mencari-cari isu keaiban, janganlah saling mendiamkan, ,
saling mendengki, saling membelakangi, serta saling membenci, tetapi, jadilah
kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara.” (HR Bukhari No: 5604)
عن أبي هريرة رضي الله عنه أَنَّهُ سَمِعَ
النَّبيَّ -صلّى اللهُ عليه وسَلَّم يقول-:
إنَّ العبدَ لَيتَكَلَّمُ بِالكَلِمةِ ما
يَتَبَيَّنُ فيها ، يَزِلُّ بِها في النارِ أبعدَ ما بين المشرقِ و المغرِبِ
“Seorang hamba apabila dia bercakap tentang satu perkataan yang
dia sendiri tidak selidiki (akan kebenarannya), maka dia akan tergelincir ke
dalam neraka yang jauhnya
adalah sejauh arah timur dan barat.” (Hadis Riwayat Imam al-Bukhari)
وهذا تَحذيرٌ للمُسلِمِ مِن خُطورةِ الكَلِمةِ؛ فإنَّ الكَلِمةَ
إذا لم تَخرُجْ مِن الفَمِ فالإنسانُ مالِكُها، فإذا خرَجَت كان أسِيرَها.
SETIAP PERKATAAN ITU JIKA IA TIDAK KELUAR DARI MULUT KITA, MAKA KITA
MENJADI PEMILIKNYA(DIBAWAH KAWALAN KITA)
TETAPI BILA PERKATAAN ITU TERKELUAR
DARI MULUT KITA MAKA KITA PULA AKAN
MENJADI TAWANANNYA.
Buruk sangka adalah pintu fitnah disebabkan sikap tidak puas
hati, dendam, iri hati , sombong dan dengki dengan saudara kita
Buruk sangka itu maksiat hati kerana tapaknya
adalah pada hati lalu diluahkan dengan lisan
sebgai mengambarkan sangkaannya sedangkan fakta yang diketahui adalah sedikit..lalu
ia membuka jalan kepada perbuatan mengumpat dan mencela dan mengadu domba dan mencari
kesalahan orang lain,
ثَلاثٌ لازِمَاتٌ لأُمَّتِي : الطِّيَرَةُ ، وَالْحَسَدُ ، وَسُوءُ
الظَّنِّ ، فَقَالَ رَجُلٌ : فَمَا يُذْهِبُهُنَّ يَا رَسُولَ اللهِ مِمَّنْ كُنَّ
فِيهِ ؟ قَالَ : إِذَا حَسَدْتَ فَاسْتَغْفِرْ ، وَإِذَا ظَنَنْتَ فَلاَ تَحَقِّقْ
، وَإِذَا تَطَيَّرْتَ فَأَمْضِهِ
Ertinya : Tiga perkara lazim
yang sukar dibuang oleh umatku : mengganggap sial, hasad dengki dan bersangka
buruk" lalu seorang lelaki bertanya : "apakah yang boleh
menghilangkannya wahai Rasulullah ?"
Jawab Nabi : Jika kamu datang
perasaan hasad dengki beristighfar lah kamu kepada Allah, apabila kamu
bersangka buruk, janganlah kamu membenarkan sangkaan itu, dan apabila kamu
menganggap sial berlaku, abaikan dan jangan endahkannya" ( At-Tabrani, no
3227, 3/228 ; Al-Haithami : Dhoif kerana perawi bernama Ismail Bin Qais)
Contoh situasi :
-Misalnya, seorang
hamba ALLAH akan tertanya-tanya, kenapa jutawan A menyalurkan dana untuk
membantu mangsa banjir, sedangkan jutawan B tidak berbuat demikian?
Walhal dia tidak tahu
barangkali jutawan B memberi sumbangan secara dalam diam, berbanding jutawan A
yang menghebahkannya kepada umum.
-Di saat seorang sahabat kita tak
memenuhi undangan kita, terlintas di benak BHWA ia seorang yang tak menghargai
-Ketika
seorang teman tak memberi kita pinjaman Wang, seketika kita menduga bahwa dia
kedekut sedang berkemungkinan ia benar-benar kehabisan duit atau mempunyai
komitmen yang tinggi
-Terkadang,
bila seorang teman kita yang Muslim yang tak menyapa ketika semasa berselisih
dijalanan kita beranggapan bahwa ia sombong. Padahal, ia sedang memikirkan
masalah yang berat atau dirundung masalah besar anaknya sakit tenat dihospital
hatinya bersedih,
-Apabila jiran kita
jarang bertegur sapa atau tersenyum, pastinya akan terlintas dalam hati kita
bahawa dia adalah seorang yang sombong dan tidak pandai bersosial. Lihat, kita
sudahpun membuat sangkaan buruk kerana kita tak tahu berkemungkinan individu
itu memang memiliki karakter semula jadi yang pemalu atau sedang menghadapi
masalah keluarga
-Kisah Ibrahim bin adham seorang ahli ibadat dan sufi
Dengan seorang pemuda di tepi pantai
Seorang seperti Ibrahim adham pun boleh barlaku
padanya berburuk sangka inikan kita manusia biasa yg tidak boleh lari dri godaan
syaitan
Bukankah telahan semberono berkenaan sudah mengundang dosa
kerana sikap mazmumah itu merupakan sebahagian daripada fitnah? Justeru,
apakah cara terbaik untuk kita menghindarkan diri daripada terus berperangai
fasiq?
Sikap itu wujud kerana rasa dengki, iri hati, tidak puas hati
dan segala punca yang negatif. Apabila diluahkan, maka akan muncul tindakan seperti
sesungguhnya sifat buruk sangka atau sangsi hanya akan
merosakkan diri dan minda jika fikiran kita ‘merajainya’.
“Individu yang ada sikap itu seolah-olah dia seperti memfitnah orang lain
kerana sangkaan buruk itu sendiri bersifat tidak pasti dan hanya berasaskan
maklumat yang tidak benar, perasaan syak atau keraguan. Ia wajib dijauhi
kerana merupakan satu dosa besar,” tegasnya.
Ujar beliau, Rasulullah SAW pernah memberi amaran kepada
golongan sebegitu. Daripada Abu Hurairah RA, baginda bersabda:
Justeru peri pentingnya setiap umat Islam untuk sentiasa
bersangka baik (husnudzan). Secara umumnya, husnudzan mempunyai tiga bahagian
iaitu
ü
Pertama :bersangka baik dengan ALLAH SWT
(berprasangka baik dengan apa yang telah ditakdirkan-NYA).
ü
Kedua, bersangka baik kepada diri sendiri
(percaya terhadap kemampuan diri sendiri)
ü
Ketiga bersangka baik kepada orang lain (dengan
menganggap semua orang adalah baik sebelum terbukti kesalahan atau
keburukannya).
Bukankah lebih baik jika bersangka baik kerana ia akan
menjadikan hidup sesama kita aman dan harmoni serta mengelakkan berlakunya permusuhan?”
katanya.
-atas sedikit fakta yang kita tahu hanya
sedikit tentang kehidupannya, kita menuduhnya dengan stigma yang negetif dan tak layak baginya.
Lebih baik diam
ditanya sama ada
perbuatan berprasangka buruk umpama seseorang makan daging saudaranya yang
telah mati?
Mendengarkan persoalan itu, beliau lantas membacakan potongan ayat ke-12, Surah
al-Hujurat
Berdasarkan ayat tersebut tegasnya, jelas menunjukkan
pengharaman mengumpat. Imam al-Maraghi di dalam tafsirnya juga menyatakan
ghibah (mengumpat) diibaratkan seperti memakan daging saudaranya kerana
perbuatan hina itu bererti menyiat-nyiat kehormatan.
Pastinya sikap syak wasangka ini akan menyebut perihal yang
tidak benar dan tidak disukai oleh individu yang terbabit. Justeru, wajib untuk
kita mengelakkan diri kerana ia seolah-olah mengumpat seseorang. Jijiknya perbuatan
itu seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri yang telah mati,” katanya
yang menyarankan individu yang terlanjur berburuk sangka segera bertaubat
kepada ALLAH dan memohon maaf kepada individu yang terlibat.
walaupun pada dasarnya kita melihat atau mendengar sesuatu
perkara yang dianggap satu kesalahan, namun bersangka baiklah terlebih dahulu
sebelum kebenaran cerita diselongkar.
Ini kerana mungkin pada pandangan kita ia merupakan satu
kesalahan, namun hakikatnya boleh jadi perkara itu adalah satu kebaikan.
“Oleh yang demikian, sentiasa berfikiran positif dalam setiap
kejadian dan yakinilah, sesuatu ujian yang diberikan merupakan satu hikmah.
Ganjaran besar akan sentiasa menanti jika kita sentiasa bersyukur dengan segala
ujian ALLAH SWT tanpa sesekali mempertikaikannya. Sentiasalah berpegang teguh
kepada ajaran al-Quran dan as-Sunnah,” saran beliau.
Buruk sangka salah satu penyakit hati
Buruk sangka adalah satu dari penyakit hati yang amat kronik. Ia
bukan sahaja menjarah dengan parah hati dan jiwa pengidapnya, tetapi turut
lahir tersendiri, malah ia lahir bersama dengan sifat-sifat mazmumah yang
bongkak, dendam, zalim dan sebagainya. Apabila sifat tersebut menguasai
kehidupan seseorang insan, ia akan menjadi manusia yang sentiasa resah, gelisah
dan tidak tenteram, kerana sentiasa mencari keaiban dan kelemahan orang lain,
tidak punya masa untuk mengingati Allah SWT.
Buruk sangka yang dimaksudkan di sini ialah buruk sangka yang
tidak baik.
Ia mengheret sifat-sifat mazmumah yang bersarang di hati, yang
akan mempengaruhi anggota-anggota badan yang lain supaya mengikut kehendaknya.
Rasulullah SAW dalam sebuah hadisnya menyatakan,
Daripada Nu’man bin Basyir berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda:
أَلَا
وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً، إِذَا صَلَحَتْ، صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ،
وَإِذَا فَسَدَتْ، فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ
"Ketahuilah bahawa di dalam badan ada seketul daging,
apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah
sekaliannya, ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati."
(Hadis Riwayat Al-Bukhari DAN Muslim)
==============================================
Buruk sangka boleh terjadi dengan berbagai sebab antaranya:
1 - Godaan dan tipu helah syaitan atau iblis. Buruk sangka
adalah jalan terbaik bagi syaitan merangsang manusia untuk bergaduh, mengumpat,
melempar tohmahan, membuat pakatan jahat, berpecah belah dan sebagainya.
2 - Kelemahan jiwa. Jiwa yang lemah akan mendorong seseorang
mudah terikut dengan pemikiran yang negatif dan buruk terhadap orang lain.
3 - Perasaan sombong dan bongkak. Perasaan ini menyebabkan
seseorang itu merasakan dirinya lebih baik daripada orang lain. Ia merasa
dengki kalau ada orang lain mendahului dalam mengecapi sesuatu kejayaan atau
membuat sesuatu kebaikan atau pun mendengar orang memuji musuhnya dihadapannya.
4 - Keburukan batinnya. Seseorang yang biasa membuat tipu helah
dan penipuan akan merasakan orang lain juga sama sepertinya.
============================================
Ruginya berburuk sangka
Apabila kita melakukan atau memiliki sifat buruk sangka, ada
sejumlah kerugian yang akan kita perolehi, baik dalam kehidupan di dunia
mahupun kehidupan di akhirat.
Ia adalah wadah kehancuran, mengundang segala macam
keruntuhan.Jiwa mangsanya hancur luluh, perasaan amat tertekan, rumahtangga
kian runtuh, kedamaian akan musnah, masyarakat menjadi porak-peranda.
Kesemuanya itu adalah gara-gara perangai buruk sangka.
Justeru, Islam sangat-sangat mendesak umatnya agar mendahulukan
bersangka baik daripada cepat bersangka buruk. Satu-satu hukuman tidak harus
dijatuhkan hanya berdasarkan kepada sangkaan.
Allah SWT telah mengharamkan sikap buruk sangka terhadap sesama
mukmin, kerana ia akan menyebabkan timbulnya fitnah, bukan sahaja di antara
seseorang individu dengan individu yang lain tetapi juga dalam masyarakat
Muslim amnya. Apabila sikap terkutuk ini terdapat di kalangan kita, ia boleh
mengwujudkan perasaan saling tidak percaya, saling meragui, benci-membenci,
pertelingkahan, perpecahan dan akhirnya bermusuh-musuhan di antara sesama
Islam.
Pertama, mendapat dosa.
Buruk sangka merupakan sesuatu yang berdosa kerana kita sudah
menganggap orang lain tidak baik tanpa dasar yang jelas, berusaha menyelidiki
atau mencari-cari keburukkan orang lain dan mengungkapkan segala sesuatu yang
buruk tentang orang lain.
Allah SWT telah mengharamkan hamba-Nya yang beriman dari
menyimpan perasaan persangkaan atau sangka-sangka buruk terhadap Allah dan
terhadap saudara-saudaranya yang seagama. Malah Allah mengharamkan juga segala
unsur, bibit atau segala punca yang boleh menyebabkan timbulnya rasa buruk
sangka di kalangan muslimin.
Asal dari godaan syaitan
Kedua, dusta yang besar.
Berburuk sangka akan membuat kita menjadi rugi, kerana apa yang
kita kemukakan merupakan suatu dusta yang sebesar-besarnya, perkata ini
disabdakan oleh Rasulullah SAW,
عن
أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إياكم والظنَّ،
فإنَّ الظنَّ أكذب الحديث
"Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu adalah
sedusta-dusta kata"
(Hadis Riwayat Muttaafaqun alaihi)
Rasulullah SAW juga telah memberi peringatan tentang sifat-sifat
yang patut dihindari oleh setiap Muslim seperti saling dengki-mendengki, marah
mahupun bersikap acuh tak acuh. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah SAW
bersabda yang bermaksud,
"Hindarilah prasangka, kerana prasangka itu berita yang
paling bohong. Jangan saling mencari-cari keburukan orang. Jangan saling
mengorek rahsia orang dan saling menyaingi. Jangan saling mendengki, jangan
saling marah dan jangan saling tak acuh. Tetapi jadilah kamu semua bersaudara
sebagai hama-hamba Allah."
(Sahih Muslim)
Ketiga, menimbulkan sifat buruk.
Berburuk sangka kepada orang lain tidak hanya berakibat pada
penilaian dosa dan dusta yang besar, tetapi jua akan mengakibatkan munculnya sifat-sifat
buruk lainnya yang sangat berbahaya, baik dalam perkembangan peribadi mahupun
hubungannya dengan orang lain.
Sabda Rasulullah SAW dari Abdullah bin Umar yang bermaksud,
"Aku melihat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam sedang
tawaf di Kaabah lalu bersabda: Demi jiwa Muhammad yang di tangan-Nya,
sesungguhnya kehormatan seseorang mukmin lebih besar di sisi Allah dari engkau
(Kaabah) wangnya dan darahnya sehinggalah dia berprangsangka sesamanya yang
baik."
(Hadis Riwayat Ibn Majah)
Dari Haritha bin an-Nukman berkata,
"Bersabda Rasulullah SAW: Tiga perkara yang sentiasa ada
pada umatku: Kepercayaan sial. Hasad dengki. Prasangka. Beliau bertanya: Apakah
yang boleh menghilangkan dari itu (semua) wahai Rasulullah bagi sesiapa yang
telah ada pada dirinya perkara-perkara tersebut? Baginda bersabda: Apabila
berhasad dengki mintalah ampun, apabila berprasangka janganlah diteruskan dan
apabila mempercayai tataiyur hendaklah dihapuskan."
(Hadis Riwayat at-Tabrani)
Semua punca-punca timbulnya buruk sangka yang dijelaskan oleh
ayat al-Quran dan hadis-hadis di atas berpangkal dari hati yang rosak dan
berpenyakit lantaran kejahilan (tidak berilmu agama). Akhirnya menyebabkan
lemah iman, lemah keperibadian, hilang panduan dan tidak tahu ke arah mana mahu
dituju sehingga mudah berburuk sangka.
Hal keadaan seperti ini telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW
yang bermaksud,
"Apabila (seseorang) kurang berilmu akan (mudah)
menimbulkan perasaan benci dan tuduhan salah (kepada orang lain). Dan jika
pengetahuan tentang athar (hadis dan perbuatan sahabat) hanya sedikit, akan
ramai yang mengikut hawa nafsu.
Berpunca dari yang demikian, akan engkau temui suatu kaum
(kumpulan) yang ramai mencintai (menyebelahi) kaum (kumpulan) yang lain hanya
atas dasar hawa nafsu (bukan atas dasar kebenaran al-Quran atau al-Hadis)
kerana tidak mengetahui (ilmu)nya dan dalilnya.
Sedangkan mereka menyokong atau memusuhi (satu kumpulan) tanpa
mengikut (landasan) hadis yang sahih dari Nabi dan dari Salaf ummah ini, mereka
tidak mengetahui makna (al-Quran dan al-Hadis) dan tidak mengetahui apa yang
dikehendaki (oleh hadis) tersebut dan tidak tahu untuk
mempraktikalkannya."
(Hadis Riwayat Imam Malik)
Berbuat Baik Dan Bersabar Di Atas Perilaku Manusia
Seorang lelaki bertanya,
“Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang
kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku
berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku, aku
bersabar menghadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu
adalah bodoh.”
Kemudian baginda menjawab,
“Sekiranya benar sepertimana yang engkau katakan itu, maka
seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau
sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau berada di
dalam kebenaran atas perkara yang demikian itu.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Islam mengajar umatnya supaya banyak bersabar di dalam semua
keadaan sama ada ketika senang atau pun susah kerana ia merupakan pengukur
darjat keimanan seseorang.
Islam juga mengajar umatnya supaya jangan membalas keburukan
orang sebaliknya menambahkan lagi kebaikan terhadap mereka mudah-mudahan dengan
itu hati mereka menjadi lembut dan baik.
Allah sentiasa memberi pertolongan kepada orang yang sentiasa
sabar dan benar dalam bertindak. Setiap umat Islam wajib menghubungkan
silaturrahim dan haram memutuskannya.
============================================
Penawar buruk sangka
Sebenarnya, tiada penawar mahupun yang berasaskan sainstifik
atau tradisional yang mampu mengubati dan menyembuhkan penyakit buruk sangka
ini. Namun para ulamak dan cendiakawan islam ada menyarankan beberapa cara.
Antaranya:
Buruk sangka terhadap diri sendiri, tetapi jangan mencari
kekurangan orang lain, tetapi bergaullah dengan orang yang diburuk sangka
terhadapnya itu dengan lebih rapat dan berdoalah untuk kebaikkan baginya.
Bermuhasabah diri setiap hari, jadikanlah diri kita seorang yang
dapat menguasai was-was, bukan orang yang dikuasai was-was.Perbaikilah diri
kita dan bersihkanlah ia dari sifat buruk, kerana di sebalik buruk sangka akan
mengundang sifat-sifat keji yang lain.
Ingatlah selalu bahawa Mahabbah, Mawaddah dan bersikap toleransi
itu adalah nikmat yang sangat besar. Jangan musnahkan nikmat itu dengan sifat
buruk sangka.
Ingatlah selalu, bahawa buruk sangka boleh merosakkan diri kita.
Kita akan kehilangan rakan, kekasih, saudara-mara, malah juga isteri. Kita akan
kehilangan ramai khalik dan disisih oleh masyarakat.
Ketahuilah dan ingatlah, bahawa syariat islam meletakkan asasnya
atas rasa sangka baik terhadap semua orang islam dalam semua bidang: ekonomi,
politik, sosial dan lain-lain lagi.
Dalam satu hadis Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya,
"Hendaklah kamu selalu benar. Sesungguhnya kebenaran
membawa kepada kebajikan dan kebajikan mambawa ke syurga. Selama seseorang
benar dan selalu memilih kebenaran dia tercatat di sisi Allah, seorang yang
benar (jujur). Berhati-hati terhadap dusta, sesungguhnya dusta membawa kepada
kejahatan dan kejahatan membawa kepada neraka. Selama seseorang dusta dan
selalu memilih dusta dia tercatat di sisi Allah, sebagai seorang
pendusta."
(Hadis Riwayat Bukhari)
Untuk menjauhi perasaan berburuk sangka, maka masing-masing kita
harus menyedari betapa hal ini sangat tidak baik dan tidak benar dalam hubungan
persaudaraan, apatah lagi dengan sesama Muslim dan aktivis dakwah. Di samping
itu, bila ada benih-benih perasaan buruk sangka, maka perkara itu harus segera
dicegah dan dijauhi kerana ia berasal dari bisikan atau godaan syaitan yang
bermaksud buruk kepada kita.
Orang-orang yang mempunyai penyakit buruk sangka, ragu-ragu dan
was-was terhadap orang lain dan ibadahnya, maka dia wajib berusaha meninggalkan
penyakit tersebut dan segera bertaubat.
Agar ia tidak berulang, maka perlu dirawat dengan ilmu agama
terutama ilmu akidah. Oleh itu setiap mukmin sewajarnya menyibukkan dirinya
dengan menuntut ilmu seperti menghadiri majlis-majlis ilmu yang memperkatakan
tentang agama. Kerana hanya ilmu agama yang dapat merawat dan menyembuhkan
penyakit buruk sangka, ragu-ragu dan was-was.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan