Muslim yang Baik
Daripada ‘Abdullah bin
‘Amr RA daripada Nabi SAW bersabda: "Seorang Muslim (yang sempurna
Islamnya) ialah (apabila) seseorang Muslimin (yang lain) selamat daripada
(keburukan) lidahnya dan tangannya, manakala seorang muhajir (yang berhijrah)
adalah seseorang yang meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah SWT.”
(Hadith riwayat al-Bukhari,No. 10, 6484, Muslim, No. 40)
Matan Hadith:
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ
بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ قَالَ: الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ
وَالْمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ.
]صحيح البخاري , كتاب الإيمان , باب المسلم من
سلم المسلمون من لسانه ويده , حديث 10 , عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنه[
Pengajaran Hadith :
- Asal
perkataan Islam adalah dari perkataan Salam yang bermaksud selamat
sejahtera. Perkataan Muslim bererti orang yang selamat iaitu yang memberi
keselamatan dan menerima keselamatan. Justeru, jika seseorang itu tiada
sifat selamat dalam dirinya seumpama tiada Islam dalam dirinya.
- Muslim
yang sempurna mestilah menunaikan rukun-rukun agama sedaya upayanya
dan tidak sekali-kali akan melakukan sebarang angkara dan pencerobohan
terhadap orang yang tidak mengganggu keselamatannya, sama ada dengan
lidahnya atau dengan tangannya atau dengan apa jua sekalipun. Sebaliknya
jika seseorang Muslim sanggup melakukan sebarang perkara yang
merosakkan orang lain, maka dia termasuk dalam golongan orang yang tidak
sempurna Islamnya.
- Seseorang
Muslim yang baik juga ialah apabila dia mampu menjaga keselamatan orang
lain selepas dirinya berhijrah meninggalkan perkara-perkara buruk yang
dimurkai Allah SWT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan