Jumaat, 10 Mac 2023

 

JAUHI BERSANGKA BURUK SESAMA MUSLIM

Manusia juga mempunyai sikap yang lemah dan suka berbantah dalam perkara berbentuk kebenaran seperti yang tercatat dalam Surah al-Kahf, ayat 54. Selain itu, mereka juga tidak lari daripada bersikap zalim, jahil, pelupa, berprasangka buruk dan sombong.

Dari kesemua sikap burk tersebut sikap  yang paling sukar dihindari adalah buruk sangka

bersangka buruk atau dalam bahasa Arab su’udzan merupakan satu sifat tercela yang amat dilarang dalam Islam.

 

. Firman ALLAH SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ (12)سورة الحجرات

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.”

Dalam tafsir munir- ia menyatakan su’u zan itu berdosa apabila kita buruk sangka kepada seseorang yang pada zahirnya adalah baik, soleh dan amanah dan tetapi dengan fakta yg sedikit kita telah buruk sangka padanya

.su’ zan diharuskan jika sekiranya orang itu sememangnya sudah dikenali sebelum itu seorang yang suka melakukan maksiat dan terang-terang dia pernah minum arak umpamanya.. walaubagaimanapun kita tidak boleh menyebutnya kepda umum kerana ia juga dikira berdosa

Dalam tafsir ibnu kasir pula dijelaskan su;zan itu membuat tomahan pengkhianatan pada seseorang  yang bukan pada  perkara yang sebenar

Daripada semua itu, antara sikap yang sukar dikikis adalah berburuk sangka dengan sesama manusia.

عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِيَّاكُمْ وَالظَّنَّ فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيثِ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا تَحَسَّسُوا وَلَا تَحَاسَدُوا وَلَا تَدَابَرُوا وَلَا تَبَاغَضُوا وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا

Dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda: “Jauhilah prasangka buruk, kerana prasangka buruk adalah ucapan yang paling dusta, janganlah kalian suka mencari-cari isu  keaiban, janganlah saling mendiamkan, , saling mendengki, saling membelakangi, serta saling membenci, tetapi, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara.” (HR Bukhari No: 5604)

 

عن أبي هريرة رضي الله عنه أَنَّهُ سَمِعَ النَّبيَّ -صلّى اللهُ عليه وسَلَّم يقول-:

إنَّ العبدَ لَيتَكَلَّمُ بِالكَلِمةِ ما يَتَبَيَّنُ فيها ، يَزِلُّ بِها في النارِ أبعدَ ما بين المشرقِ و المغرِبِ

“Seorang hamba apabila dia bercakap tentang satu perkataan yang dia sendiri tidak selidiki (akan kebenarannya), maka dia akan tergelincir ke dalam neraka yang  jauhnya adalah sejauh arah timur dan barat.” (Hadis Riwayat Imam al-Bukhari)

وهذا تَحذيرٌ للمُسلِمِ مِن خُطورةِ الكَلِمةِ؛ فإنَّ الكَلِمةَ إذا لم تَخرُجْ مِن الفَمِ فالإنسانُ مالِكُها، فإذا خرَجَت كان أسِيرَها.

SETIAP PERKATAAN ITU JIKA IA TIDAK KELUAR DARI MULUT KITA, MAKA KITA MENJADI PEMILIKNYA(DIBAWAH KAWALAN KITA)  TETAPI BILA PERKATAAN ITU  TERKELUAR DARI MULUT KITA MAKA KITA PULA AKAN  MENJADI TAWANANNYA.

Buruk sangka adalah pintu fitnah disebabkan sikap tidak puas hati, dendam, iri hati , sombong dan dengki dengan saudara kita

 

Buruk sangka itu maksiat hati kerana tapaknya adalah  pada hati lalu diluahkan dengan lisan sebgai mengambarkan sangkaannya sedangkan fakta yang diketahui adalah sedikit..lalu ia membuka jalan kepada perbuatan mengumpat dan mencela dan mengadu domba dan mencari kesalahan orang lain,

 

 

 

 ثَلاثٌ لازِمَاتٌ لأُمَّتِي : الطِّيَرَةُ ، وَالْحَسَدُ ، وَسُوءُ الظَّنِّ ، فَقَالَ رَجُلٌ : فَمَا يُذْهِبُهُنَّ يَا رَسُولَ اللهِ مِمَّنْ كُنَّ فِيهِ ؟ قَالَ : إِذَا حَسَدْتَ فَاسْتَغْفِرْ ، وَإِذَا ظَنَنْتَ فَلاَ تَحَقِّقْ ، وَإِذَا تَطَيَّرْتَ فَأَمْضِهِ

 

Ertinya : Tiga perkara lazim yang sukar dibuang oleh umatku : mengganggap sial, hasad dengki dan bersangka buruk" lalu seorang lelaki bertanya : "apakah yang boleh menghilangkannya wahai Rasulullah ?"

Jawab Nabi : Jika kamu datang perasaan hasad dengki beristighfar lah kamu kepada Allah, apabila kamu bersangka buruk, janganlah kamu membenarkan sangkaan itu, dan apabila kamu menganggap sial berlaku, abaikan dan jangan endahkannya" ( At-Tabrani, no 3227, 3/228 ; Al-Haithami : Dhoif kerana perawi bernama Ismail Bin Qais)

 

 

Contoh situasi :

-Misalnya, seorang hamba ALLAH akan tertanya-tanya, kenapa jutawan A menyalurkan dana untuk membantu mangsa banjir, sedangkan jutawan B tidak berbuat demikian?

Walhal dia tidak tahu barangkali jutawan B memberi sumbangan secara dalam diam, berbanding jutawan A yang menghebahkannya kepada umum.

-Di saat seorang sahabat kita tak memenuhi undangan kita, terlintas di benak BHWA ia seorang yang tak menghargai

-Ketika seorang teman tak memberi kita pinjaman Wang, seketika kita menduga bahwa dia kedekut sedang berkemungkinan ia benar-benar kehabisan duit atau mempunyai komitmen yang tinggi

-Terkadang, bila seorang teman kita yang Muslim yang tak menyapa ketika semasa berselisih dijalanan kita beranggapan bahwa ia sombong. Padahal, ia sedang memikirkan masalah yang berat atau dirundung masalah besar anaknya sakit tenat dihospital hatinya bersedih,

-Apabila jiran kita jarang bertegur sapa atau tersenyum, pastinya akan terlintas dalam hati kita bahawa dia adalah seorang yang sombong dan tidak pandai bersosial. Lihat, kita sudahpun membuat sangkaan buruk kerana kita tak tahu berkemungkinan individu itu memang memiliki karakter semula jadi yang pemalu atau sedang menghadapi masalah keluarga

-Kisah Ibrahim bin adham seorang ahli ibadat dan sufi Dengan seorang pemuda di tepi pantai

Seorang seperti Ibrahim adham pun boleh barlaku padanya berburuk sangka inikan kita manusia biasa yg tidak boleh lari dri godaan syaitan

 

Bukankah telahan semberono berkenaan sudah mengundang dosa kerana sikap mazmumah itu merupakan sebahagian daripada fitnah? Justeru, apakah cara terbaik untuk kita menghindarkan diri daripada terus berperangai fasiq?

Sikap itu wujud kerana rasa dengki, iri hati, tidak puas hati dan segala punca yang negatif. Apabila diluahkan, maka akan muncul tindakan seperti

sesungguhnya sifat buruk sangka atau sangsi hanya akan merosakkan diri dan minda jika fikiran kita ‘merajainya’.
“Individu yang ada sikap itu seolah-olah dia seperti memfitnah orang lain kerana sangkaan buruk itu sendiri bersifat tidak pasti dan hanya berasaskan maklumat yang tidak benar, perasaan syak atau keraguan. Ia wajib dijauhi kerana merupakan satu dosa besar,” tegasnya.

Ujar beliau, Rasulullah SAW pernah memberi amaran kepada golongan sebegitu. Daripada Abu Hurairah RA, baginda bersabda: 

Justeru peri pentingnya setiap umat Islam untuk sentiasa bersangka baik (husnudzan). Secara umumnya, husnudzan mempunyai tiga bahagian iaitu

ü  Pertama :bersangka baik dengan ALLAH SWT (berprasangka baik dengan apa yang telah ditakdirkan-NYA).

ü  Kedua, bersangka baik kepada diri sendiri (percaya terhadap kemampuan diri sendiri)

ü  Ketiga  bersangka baik kepada orang lain (dengan menganggap semua orang adalah baik sebelum terbukti kesalahan atau keburukannya).

Bukankah lebih baik jika bersangka baik kerana ia akan menjadikan hidup sesama kita aman dan harmoni serta mengelakkan berlakunya permusuhan?” katanya.

 

 

-atas sedikit fakta yang kita tahu hanya sedikit tentang kehidupannya, kita menuduhnya dengan stigma yang negetif  dan tak layak baginya.

 

Lebih baik diam

ditanya sama ada perbuatan berprasangka buruk umpama seseorang makan daging saudaranya yang telah mati?
Mendengarkan persoalan itu, beliau lantas membacakan potongan ayat ke-12, Surah al-Hujurat

Berdasarkan ayat tersebut tegasnya, jelas menunjukkan pengharaman mengumpat. Imam al-Maraghi di dalam tafsirnya juga menyatakan ghibah (mengumpat) diibaratkan seperti memakan daging saudaranya kerana perbuatan hina itu bererti menyiat-nyiat kehormatan.

Pastinya sikap syak wasangka ini akan menyebut perihal yang tidak benar dan tidak disukai oleh individu yang terbabit. Justeru, wajib untuk kita mengelakkan diri kerana ia seolah-olah mengumpat seseorang. Jijiknya perbuatan itu seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri yang telah mati,” katanya yang menyarankan individu yang terlanjur berburuk sangka segera bertaubat kepada ALLAH dan memohon maaf kepada individu yang terlibat.

walaupun pada dasarnya kita melihat atau mendengar sesuatu perkara yang dianggap satu kesalahan, namun bersangka baiklah terlebih dahulu sebelum kebenaran cerita diselongkar.

Ini kerana mungkin pada pandangan kita ia merupakan satu kesalahan, namun hakikatnya boleh jadi perkara itu adalah satu kebaikan.

“Oleh yang demikian, sentiasa berfikiran positif dalam setiap kejadian dan yakinilah, sesuatu ujian yang diberikan merupakan satu hikmah. Ganjaran besar akan sentiasa menanti jika kita sentiasa bersyukur dengan segala ujian ALLAH SWT tanpa sesekali mempertikaikannya. Sentiasalah berpegang teguh kepada ajaran al-Quran dan as-Sunnah,” saran beliau.

 

Buruk sangka salah satu penyakit hati

Buruk sangka adalah satu dari penyakit hati yang amat kronik. Ia bukan sahaja menjarah dengan parah hati dan jiwa pengidapnya, tetapi turut lahir tersendiri, malah ia lahir bersama dengan sifat-sifat mazmumah yang bongkak, dendam, zalim dan sebagainya. Apabila sifat tersebut menguasai kehidupan seseorang insan, ia akan menjadi manusia yang sentiasa resah, gelisah dan tidak tenteram, kerana sentiasa mencari keaiban dan kelemahan orang lain, tidak punya masa untuk mengingati Allah SWT.

Buruk sangka yang dimaksudkan di sini ialah buruk sangka yang tidak baik.

Ia mengheret sifat-sifat mazmumah yang bersarang di hati, yang akan mempengaruhi anggota-anggota badan yang lain supaya mengikut kehendaknya.

Rasulullah SAW dalam sebuah hadisnya menyatakan,


  • Daripada Nu’man bin Basyir berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda:

 

أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً، إِذَا صَلَحَتْ، صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ، فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ

 

"Ketahuilah bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya, ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati."

(Hadis Riwayat Al-Bukhari DAN Muslim)

 

==============================================

 

 

Buruk sangka boleh terjadi dengan berbagai sebab antaranya:

1 - Godaan dan tipu helah syaitan atau iblis. Buruk sangka adalah jalan terbaik bagi syaitan merangsang manusia untuk bergaduh, mengumpat, melempar tohmahan, membuat pakatan jahat, berpecah belah dan sebagainya.

2 - Kelemahan jiwa. Jiwa yang lemah akan mendorong seseorang mudah terikut dengan pemikiran yang negatif dan buruk terhadap orang lain.

3 - Perasaan sombong dan bongkak. Perasaan ini menyebabkan seseorang itu merasakan dirinya lebih baik daripada orang lain. Ia merasa dengki kalau ada orang lain mendahului dalam mengecapi sesuatu kejayaan atau membuat sesuatu kebaikan atau pun mendengar orang memuji musuhnya dihadapannya.

4 - Keburukan batinnya. Seseorang yang biasa membuat tipu helah dan penipuan akan merasakan orang lain juga sama sepertinya.

============================================

Ruginya berburuk sangka

Apabila kita melakukan atau memiliki sifat buruk sangka, ada sejumlah kerugian yang akan kita perolehi, baik dalam kehidupan di dunia mahupun kehidupan di akhirat.

 

Ia adalah wadah kehancuran, mengundang segala macam keruntuhan.Jiwa mangsanya hancur luluh, perasaan amat tertekan, rumahtangga kian runtuh, kedamaian akan musnah, masyarakat menjadi porak-peranda. Kesemuanya itu adalah gara-gara perangai buruk sangka.

Justeru, Islam sangat-sangat mendesak umatnya agar mendahulukan bersangka baik daripada cepat bersangka buruk. Satu-satu hukuman tidak harus dijatuhkan hanya berdasarkan kepada sangkaan.

Allah SWT telah mengharamkan sikap buruk sangka terhadap sesama mukmin, kerana ia akan menyebabkan timbulnya fitnah, bukan sahaja di antara seseorang individu dengan individu yang lain tetapi juga dalam masyarakat Muslim amnya. Apabila sikap terkutuk ini terdapat di kalangan kita, ia boleh mengwujudkan perasaan saling tidak percaya, saling meragui, benci-membenci, pertelingkahan, perpecahan dan akhirnya bermusuh-musuhan di antara sesama Islam.

 

Pertama, mendapat dosa.

Buruk sangka merupakan sesuatu yang berdosa kerana kita sudah menganggap orang lain tidak baik tanpa dasar yang jelas, berusaha menyelidiki atau mencari-cari keburukkan orang lain dan mengungkapkan segala sesuatu yang buruk tentang orang lain.

 

Allah SWT telah mengharamkan hamba-Nya yang beriman dari menyimpan perasaan persangkaan atau sangka-sangka buruk terhadap Allah dan terhadap saudara-saudaranya yang seagama. Malah Allah mengharamkan juga segala unsur, bibit atau segala punca yang boleh menyebabkan timbulnya rasa buruk sangka di kalangan muslimin.

 

 

Asal dari godaan syaitan

 

Kedua, dusta yang besar.

Berburuk sangka akan membuat kita menjadi rugi, kerana apa yang kita kemukakan merupakan suatu dusta yang sebesar-besarnya, perkata ini disabdakan oleh Rasulullah SAW,

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إياكم والظنَّ، فإنَّ الظنَّ أكذب الحديث

"Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu adalah sedusta-dusta kata"

(Hadis Riwayat Muttaafaqun alaihi)

 

Rasulullah SAW juga telah memberi peringatan tentang sifat-sifat yang patut dihindari oleh setiap Muslim seperti saling dengki-mendengki, marah mahupun bersikap acuh tak acuh. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,

 

"Hindarilah prasangka, kerana prasangka itu berita yang paling bohong. Jangan saling mencari-cari keburukan orang. Jangan saling mengorek rahsia orang dan saling menyaingi. Jangan saling mendengki, jangan saling marah dan jangan saling tak acuh. Tetapi jadilah kamu semua bersaudara sebagai hama-hamba Allah."

(Sahih Muslim)

 

Ketiga, menimbulkan sifat buruk.

Berburuk sangka kepada orang lain tidak hanya berakibat pada penilaian dosa dan dusta yang besar, tetapi jua akan mengakibatkan munculnya sifat-sifat buruk lainnya yang sangat berbahaya, baik dalam perkembangan peribadi mahupun hubungannya dengan orang lain.

 

Sabda Rasulullah SAW dari Abdullah bin Umar yang bermaksud,

 

"Aku melihat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam sedang tawaf di Kaabah lalu bersabda: Demi jiwa Muhammad yang di tangan-Nya, sesungguhnya kehormatan seseorang mukmin lebih besar di sisi Allah dari engkau (Kaabah) wangnya dan darahnya sehinggalah dia berprangsangka sesamanya yang baik."

(Hadis Riwayat Ibn Majah)

 

Dari Haritha bin an-Nukman berkata,

 

"Bersabda Rasulullah SAW: Tiga perkara yang sentiasa ada pada umatku: Kepercayaan sial. Hasad dengki. Prasangka. Beliau bertanya: Apakah yang boleh menghilangkan dari itu (semua) wahai Rasulullah bagi sesiapa yang telah ada pada dirinya perkara-perkara tersebut? Baginda bersabda: Apabila berhasad dengki mintalah ampun, apabila berprasangka janganlah diteruskan dan apabila mempercayai tataiyur hendaklah dihapuskan."

(Hadis Riwayat at-Tabrani)

 

Semua punca-punca timbulnya buruk sangka yang dijelaskan oleh ayat al-Quran dan hadis-hadis di atas berpangkal dari hati yang rosak dan berpenyakit lantaran kejahilan (tidak berilmu agama). Akhirnya menyebabkan lemah iman, lemah keperibadian, hilang panduan dan tidak tahu ke arah mana mahu dituju sehingga mudah berburuk sangka.

 

Hal keadaan seperti ini telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud,

 

"Apabila (seseorang) kurang berilmu akan (mudah) menimbulkan perasaan benci dan tuduhan salah (kepada orang lain). Dan jika pengetahuan tentang athar (hadis dan perbuatan sahabat) hanya sedikit, akan ramai yang mengikut hawa nafsu.

Berpunca dari yang demikian, akan engkau temui suatu kaum (kumpulan) yang ramai mencintai (menyebelahi) kaum (kumpulan) yang lain hanya atas dasar hawa nafsu (bukan atas dasar kebenaran al-Quran atau al-Hadis) kerana tidak mengetahui (ilmu)nya dan dalilnya.

Sedangkan mereka menyokong atau memusuhi (satu kumpulan) tanpa mengikut (landasan) hadis yang sahih dari Nabi dan dari Salaf ummah ini, mereka tidak mengetahui makna (al-Quran dan al-Hadis) dan tidak mengetahui apa yang dikehendaki (oleh hadis) tersebut dan tidak tahu untuk mempraktikalkannya."

(Hadis Riwayat Imam Malik)

 

Berbuat Baik Dan Bersabar Di Atas Perilaku Manusia

 

Seorang lelaki bertanya,

“Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku, aku bersabar menghadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh.”

 

Kemudian baginda menjawab,

 

“Sekiranya benar sepertimana yang engkau katakan itu, maka seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau berada di dalam kebenaran atas perkara yang demikian itu.”

(Hadis Riwayat Muslim)

 

Islam mengajar umatnya supaya banyak bersabar di dalam semua keadaan sama ada ketika senang atau pun susah kerana ia merupakan pengukur darjat keimanan seseorang.

 

Islam juga mengajar umatnya supaya jangan membalas keburukan orang sebaliknya menambahkan lagi kebaikan terhadap mereka mudah-mudahan dengan itu hati mereka menjadi lembut dan baik.

 

Allah sentiasa memberi pertolongan kepada orang yang sentiasa sabar dan benar dalam bertindak. Setiap umat Islam wajib menghubungkan silaturrahim dan haram memutuskannya.

 

============================================

 

Penawar buruk sangka

 

Sebenarnya, tiada penawar mahupun yang berasaskan sainstifik atau tradisional yang mampu mengubati dan menyembuhkan penyakit buruk sangka ini. Namun para ulamak dan cendiakawan islam ada menyarankan beberapa cara. Antaranya:

 

Buruk sangka terhadap diri sendiri, tetapi jangan mencari kekurangan orang lain, tetapi bergaullah dengan orang yang diburuk sangka terhadapnya itu dengan lebih rapat dan berdoalah untuk kebaikkan baginya.

 

Bermuhasabah diri setiap hari, jadikanlah diri kita seorang yang dapat menguasai was-was, bukan orang yang dikuasai was-was.Perbaikilah diri kita dan bersihkanlah ia dari sifat buruk, kerana di sebalik buruk sangka akan mengundang sifat-sifat keji yang lain.

 

Ingatlah selalu bahawa Mahabbah, Mawaddah dan bersikap toleransi itu adalah nikmat yang sangat besar. Jangan musnahkan nikmat itu dengan sifat buruk sangka.

 

Ingatlah selalu, bahawa buruk sangka boleh merosakkan diri kita. Kita akan kehilangan rakan, kekasih, saudara-mara, malah juga isteri. Kita akan kehilangan ramai khalik dan disisih oleh masyarakat.

 

Ketahuilah dan ingatlah, bahawa syariat islam meletakkan asasnya atas rasa sangka baik terhadap semua orang islam dalam semua bidang: ekonomi, politik, sosial dan lain-lain lagi.

 

Dalam satu hadis Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya,

 

"Hendaklah kamu selalu benar. Sesungguhnya kebenaran membawa kepada kebajikan dan kebajikan mambawa ke syurga. Selama seseorang benar dan selalu memilih kebenaran dia tercatat di sisi Allah, seorang yang benar (jujur). Berhati-hati terhadap dusta, sesungguhnya dusta membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa kepada neraka. Selama seseorang dusta dan selalu memilih dusta dia tercatat di sisi Allah, sebagai seorang pendusta."

(Hadis Riwayat Bukhari)

 

Untuk menjauhi perasaan berburuk sangka, maka masing-masing kita harus menyedari betapa hal ini sangat tidak baik dan tidak benar dalam hubungan persaudaraan, apatah lagi dengan sesama Muslim dan aktivis dakwah. Di samping itu, bila ada benih-benih perasaan buruk sangka, maka perkara itu harus segera dicegah dan dijauhi kerana ia berasal dari bisikan atau godaan syaitan yang bermaksud buruk kepada kita.

 

Orang-orang yang mempunyai penyakit buruk sangka, ragu-ragu dan was-was terhadap orang lain dan ibadahnya, maka dia wajib berusaha meninggalkan penyakit tersebut dan segera bertaubat.

 

Agar ia tidak berulang, maka perlu dirawat dengan ilmu agama terutama ilmu akidah. Oleh itu setiap mukmin sewajarnya menyibukkan dirinya dengan menuntut ilmu seperti menghadiri majlis-majlis ilmu yang memperkatakan tentang agama. Kerana hanya ilmu agama yang dapat merawat dan menyembuhkan penyakit buruk sangka, ragu-ragu dan was-was.


  JAUHI BERSANGKA BURUK SESAMA MUSLIM Manusia juga mempunyai sikap yang lemah dan suka berbantah dalam perkara berbentuk kebenaran seperti...