KEBERKATAN YANG DIIDAMI DALAM KEHIDUPAN
firman Allah Taala yang bermaksud: Dan ia menjadikan daku seorang yang berkat di
mana sahaja aku berada, dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan
memberi zakat selagi aku hidup.
(Surah Maryam:31)
Perkataan barakah(berkat)
bermaksud kebaikan dan berkembang.
Secara umumnya berkat bermaksud memohon restu dari Allah s.w.t agar dikurniakan kebaikan yang sentiasa
bertambah. Berkat adalah anugerah yang diberikan Allah kepada hambaNya yang
terpilih dan disayangi . Allah s.w.t
akan memberikan keberkatan kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Sebagaimana yang
diucapkan oleh Nabi Isa a.s tercatat dalam Surah Maryam ayat 31 yang maksudnya diutarakan
diatas.
Allah s.w.t bersifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang kepada setiap hambaNya. Diantara
tanda dan bukti Allah s.w.t bersifat sedemikian ialah Allah s.w.t senantiasa memberi pertolongan, rahmat dan
keberkatan dalam kehidupannya. Terdapat lima keberkataan yang dikurniakan Allah
s.w.t kepada hamba-hambaNya yang dikasihi iaitu:
- ü Keberkatan pada umur.
- ü Keberkatan pada rezeki kehidupan berkeluarga.
- ü Keberkatan pada ahli keluarga
- ü Keberkatan pada ilmu.
- ü Keberkatan pada jemaah
1. Keberkatan
pada umur
Amalan yang baik yang mendapat penilaian yang baik
dari Allah s.w.t. Sekiranya seseorang
manusia diberi peluang untuk hidup lama di muka bumi ini, tetapi tidak memanfaatkan umurnya untuk kebaikan
dunia dan persiapan bekalan di akhirat
maka ianya menjadi
sia-sia. Tetapi sekiranya seseorang itu menggunakan peluang umur yang panjang itu
untuk melakukan kebaikan, maka ia mendapat kemuliaan di sisi Allah. Inilah maksud umur yang
diberkati Allah s.w.t. Sebaliknya pula jika seseorang memiliki umur panjang
sedangkan kejahatannya melebihi kebaikannya bermakna tidak ada keberkatan
pada umurnya dan amatlah ruginya apabila dihisab di akhirat nanti. Nabi s.a.w bersabda
yang bermaksud:
"Sebaik-baik manusia menurut pandangan Allah ialah orang yang panjang umurnya dan baik
pula perbuatannya, sedang seburuk-buruk manusia ialah orang yang panjang
umurnya tetapi buruk pula perbuatannya"
(Hadis riwayat Ahmad dan al-Hakim)
2. Keberkatan
pada rezeki:
Rezeki yang berkat ialah rezeki yang
diperolehi dengan cara yang halal
menurut syarak dan digunakan pada jalan Allah s.w.t serta jalan kebajikan. Jika seorang hamba
mensyukuri rezeki dan nikmat Allah s.w.t maka kehidupannya akan diberkati dan akan ditambah rezekinya dengan tidak disangka-sangka. Allah s.w.t
berfirman:
Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi
sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada
kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah
keras".
(Surah Ibrahim:7)
Rezeki adalah ketentuan dari Allah s.w.t keatas setiap
makhluknya. Untuk menambah keberkatan rezeki, kita hendaklah menjadi orang yang
pemurah dalam bersedekah dan suka membantu orang yang memerlukan. Orang yang
pemurah akan disayangi oleh masyarakat sebaliknya orang yang bakhil akan
dibenci dan dijauhi oleh kawan dan lawan. Kita seharusnya menyedari bahawa
harta yang kita miliki adalah satu amanah dari Allah dan di dalamnya terdapat
hak-hak orang lain yang wajib kita tunaikan melalui amalan berzakat atau
sedekah. Kekayaan yang sejati adalah kekayaan iman yang zahir dari
kesederhanaan hidupnya dan kesederhanaan itu cerminan dari sifat qana’ah.
3. Keberkatan dalam hidup
berkeluarga.
Rumah tangga yang sakinah adalah bukti keberkatan dalam kehidupan
berkeluarga. Rumah tangga yang dibina berlandaskan keimanan dan kepatuhan kepada perintah Allah dan rasulNya
akan melahirkan ahli keluarga yang soleh
dan solehah, hidup dalam rukun dan damai, saling berkasih sayang dan hormat
menghormat di antara suami, isteri dan anak-anak.
Suami dan isteri sebagai
nakhoda keluarga perlu menampilkan keperibadian yang mulia seterusnya menjadi qudwah
hasanah kepada anak-anak. Bersifat rahmah dan berdiplomasi dalam
perhubungan akan melahirkan keharmonian yang berkekalan dalam sesebuah
institusi keluarga.
Selain itu, Tarbiyah
Aulad (pendidikan anak-anak) hendaklah
mengikut acuan Islam yang sebenar
agar anak-anak mendapat ilmu yang secukupnya sebagai bekalan dunia
dan kehidupan akhirat nanti.
Rumusannya, keberkatan dalam
keluarga dapat dilihat dari sudut keharmonian dan kebahagian sesebuah keluarga tersebut sebaliknya keluarga yang
tidak mendapat keberkatan akan berlakunya pergolakkan dan perselisihan yang
akhirnya runtuhlah institusi keluarga tersebut. Justeru itu, tidak ada jalan keberkatan
melainkan kita menjadikan Islam sebagai
garis panduan hidup hingga ke akhir hayat kita.
4. Keberkatan dengan
berjemaah.
Umat Islam akan
memperolehi keberkatan jika mereka duduk di dalam saf atau barisan jemaah. Hal ini terbukti dengan
kejayaan Rasulullah dan para sahabat mendaulatkan negara Islam melalui jemaah Islam yang diasaskan oleh Baginda
sendiri. Melalui konsep jemaah inilah akan berlakunya proses tarbiyah
imaniah yang dapat melahirkan satu generasi
yang unggul dalam sejarah dan
tamadun manusia. Gesaan berjemaah ini ada disarankan oleh Rasulullah s.a.w
sebagaimana sabda Baginda yang bermaksud:
“Hendaklah kamu duduk bersama-sama jemaah muslimin dan ikutilah imam mereka.”
“Hendaklah kamu duduk bersama-sama jemaah muslimin dan ikutilah imam mereka.”
(Hadis riwayat Imam
Bukhari, Muslim dan Abu Daud)
5. Keberkatan ilmu
Dalam kitab al-Muwafaqat,
Imam As-Syatibi ada menghuraikan bahawa, Ilmu yang muktabar menurut syarak ialah ilmu yang mendorong pemiliknya untuk
beramal dan tidak sesekali membiarkan tuannya mengikuti hawa nafsu, ilmu
itu akan membawa pemiliknya mematuhi segala aturan-aturannya sekalipun ia tidak
suka.
Untuk akhirnya, bagi
memperolehi keberkatan dalam kehidupan ini marilah sama-sama kita
muhasabah diri bilamana kita sering mengalami kerisauan, jiwa yang kosong dan tidak tenang dan tekanan hidup yang tiada
berkesudahan. Jawapannya tiada yang lain
melainkan hilangnya keberkatan sama ada dari sudut umur, hidup
berkeluarga, rezeki, berjemaah mahupun ilmu. Oleh itu, bagi mendapatkan keberkatan
ini perlunya kita kembali kepada Allah s.w.t
dengan mentaati segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.