1.0 KONSEP ZAKAT MENURUT ISLAM
Secara bahasa zakat artinya tumbuh dan suci. Sedangkan
menurut istilah, zakat bermakna sedekah wajib, sedekah sunnah, nafkah,
pengampunan dan kebenaran. Menurut ijma ulama zakat merupakan salah satu dari
rukun Islam yang lima.
Ulama berbeda pendapat tentang tahun disyariatkan zakat.
Namun menurut jumhur ulama, zakat diwajibkan pada tahun ke-2 Hijriyah sebelum
diwajibkannya puasa Ramadhan. Adapun penjelasan tentang tahun pensyariatan zakat
dibahas pada babnya.
2.0 DALIL KEWAJIBAN BERZAKAT
2.1: DALIL AL-QURAN :
Firman Allah s.w.t:
وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُواْ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ
“Dan tunaikanlah solat dan laksanakanlah zakat; serta taatilah Rasul; nescaya kamu beroleh rahmat”.
(Surah An-Nur 24:56)
يَٰٓأَيُّهَا
ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ أَنفِقُوا۟ مِن طَيِّبَٰتِ مَا كَسَبْتُمْ
وَمِمَّآ أَخْرَجْنَا لَكُم مِّنَ ٱلْأَرْضِ ۖ وَلَا تَيَمَّمُوا۟
ٱلْخَبِيثَ مِنْهُ تُنفِقُونَ وَلَسْتُم بِـَٔاخِذِيهِ إِلَّآ أَن
تُغْمِضُوا۟ فِيهِ ۚ وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ غَنِىٌّ حَمِيدٌ ٢٦٧
(Surah Al-Baqarah : Ayat 267)
2.2DALIL HADIS :
عَنْ ابْنِ
عَبَّاسٍ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا -: «أَنَّ النَّبِيَّ - صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - بَعَثَ مُعَاذًا إلَى الْيَمَنِ - فَذَكَرَ الْحَدِيثَ -
وَفِيهِ: أَنَّ اللَّهَ قَدْ افْتَرَضَ عَلَيْهِمْ صَدَقَةً فِي أَمْوَالِهِمْ
تُؤْخَذُ مِنْ أَغْنِيَائِهِمْ، فَتُرَدَّ فِي فُقَرَائِهِمْ» مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ،
وَاللَّفْظُ لِلْبُخَارِيِّ
554. Dari Ibnu Abbas RA bahwasanya Nabi SAW mengutus Muadz ke
Yaman –kemudian beliau menyebutkan satu hadits yang dijelaskan di dalamnya-
“Sesungguhnya Allah SWT telah mewajibkan zakat atas harta benda mereka, yang
diambil dari orang-orang kaya di antara mereka untuk diberikan kepada
orang-orang fakir di antara mereka.” (Muttafaq alaih, ini lafazh Al
Bukhari)
[Shahih: Al Bukhari 1395 dan Muslim
19]
3.0 SYARAT WAJIB ZAKAT
Setiap individu yang ingin menunaikan zakat mestilah memenuhi syarat-syarat wajib zakat, sebagaimana berikut :
- Islam. Zakat diwajibkan hanya kepada orang Islam sahaja;
- Merdeka. Individu yang bebas merdeka dalam menguasai sesuatu pemilikan harta;
- Sempurna Milik. Harta yang dimiliki sepenuhnya dengan sempurna. Bagi harta berkongsi dengan bukan islam, hanya pemilikan bahagian orang islam sahaja yang diambil kira di dalam pengiraan zakat;
- Cukup Nisab. Nisab adalah paras minima yang menentukan sama ada sesuatu harta itu diwajibkan zakat, iaitu bersamaan dengan 85 gram nilai emas semasa; dan
- Cukup Haul. Genap tempoh setahun bagi pemilikan harta tersebut. 354 hari bagi kalendar tahun Hijrah dan 365 hari bagi kalendar tahun Masihi.
4.0 JENIS-JENIS ZAKAT
kategori kutipan zakat harta merangkumi jenis-jenis berikut :
- Zakat Pendapatan
- 5% atas semua pendapatan setelah ditolak had kifayah dan tolakan yang dibenarkan.
- 5% atas semua pendapatan kasar.
2. Zakat Perniagaan
2.5% atas aset semasa bersih yang diselaraskan.
3. Zakat Simpanan
2.5% atas baki terendah dan melibihi nisab yang tersimpan selama setahun setelah ditolak faedah.
4. Zakat Saham
2.5% atas harga semasa (nilai pasaran) semua saham yang dimiliki pada hujung haul dan keuntungan tunai pada sepanjang haul yang diambil oleh pelabur.
5. Zakat KWSP
- Sebelum mencapai umur 55 tahun (pemilikan belum sempurna)
- Setelah mencapai umur 55 tahun (pemilikan sempurna)
Dengan itu,tiada lagi tolakan caruman KWSP pada taksiran zakat pendapatan untuk yang masih bekerja dan membuat caruman KWSP
6. Zakat Emas
- Emas perhiasan wanita ialah emas yang digunakan sebagai perhiasan di badan. Kiraan zakat emas perhiasan ini adalah 2.5% atas lebihan daripada uruf. Kadar semasa untuk uruf emas perhiasan (yang dikecualikan zakat) ialah 800 gram.
- Emas bukan perhiasan ialah emas yang selain daripada perhiasan wanita yang dipakai di badan sama ada dalam bentuk mata wang simpanan, galian, peralatan rumah dan sebagainya. Kiraan zakat emas bukan perhiasan adalah 2.5% atas keseluruhan nilai emas, jika melebihi nisab 85 gram.
7. Zakat Perak
2.5% atas perak yang dipakai atau disimpan sama ada menyamai atau melebihi 595 gram yang mengikut harga semasa.
8. Zakat Pertanian
Kewajipan menunaikan zakat pertanian telah disebutkan secara terang dan jelas dalam al-Quran yang bermaksud:
?Dan Dia lah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar; dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya; dan buah zaiton dan delima, yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya). Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah, dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya? [Surah Al-An?am (6): 141]
Rasulullah SAW telah bersabda melalui hadis yang bermaksud:
Dari Salim bin Abdullah dari bapanya RA dari Nabi SAW bersabda: ?Pada tanaman yang diairi dengan air hujan, mata air, atau air tanah maka zakatnya sepersepuluh (10%), adapun yang diairi dengan menggunakan tenaga maka zakatnya seperduapuluh (5%)? (HR Bukhari)
Hasil Pertanian Yang Diwajibkan Zakat
Menurut Dr. Yusuf Al-Qaradawi, beliau
telah menjelaskan bahawa semua jenis tanaman diwajibkan zakat. Ini
menurut pegangan dan pendapat oleh Imam Abu Hanifah yang bersumber dari
penegasan Khalifah Umar bin Abdul Aziz, Mujtahid, Hamad, Daud, dan
al-Nakha?i. Hal ini berpandukan landasan bahawa:
- Prinsip umum firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat [2]: 267 (yang bermaksud): ?…dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.?
- Firman Allah SWT yang bermaksud: ?…dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya? [Surah Al-An?am (6): 141].
- Sabda Rasulullah SAW (yang bermaksud): ?Pada tanaman yang diairi dengan air hujan, mata air, atau air tanah maka zakatnya sepersepuluh (10%), adapun yang diairi dengan menggunakan tenaga maka zakatnya seperduapuluh (5%)?, tanpa membezakan tanaman asasi mahupun yang bukan.
Nisab Dan Haul Zakat Pertanian
Jumhur ulama berpendapat bahawa tanaman
sama sekali tidak diwajibkan zakat sehingga sampai jumlah lima bebanan
unta (5 wasaq) berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
?Dan tidak ada zakat pada kurang daripada lima Awsuq (bersamaan 363 gantang Malaysia)? [Hadis oleh Abu Said Al-Khudri, HR Bukhari].
Hadis ini disepakati sebagai sahih.
Berbanding jenis-jenis harta lain yang
dikenakan zakat, zakat pertanian dikecualikan daripada ketetapan haul
kerana hasil pertanian dikutip apabila tiba waktu menuainya sahaja,
berdasarkan firman Allah SWT:
?Dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya? [Surah Al-An?am (6): 141]
Justeru nisab Zakat Pertanian ialah 5
Awsuq (bersamaan 363 gantang Malaysia), dan kewajipannya tanpa perlu
menunggu setahun (haul).
Kadar Dan Pengiraan Zakat Pertanian
Tanam-tanaman yang cukup nisabnya
hendaklah dibayar zakatnya mengikut peratus penghasilan. Kadar peratus
pembayarannya bergantung kepada cara-cara penghasilnya. Tanaman yang
diusahakan dengan menggunakan tenaga manusia atau lainnya seperti
binatang dan jentera atau dengan perbelanjaan yang banyak maka kadar
zakatnya ialah 5% atau 1/20. Manakala ?tanaman yang hanya bergantung
kepada jirusan air hujan atau hidup dengan aliran sungai atau parit maka
kadar zakatnya ialah 10% atau 1/10. Kaedah ini bersumberkan hadis sarih
riwayat Jabir RA:
?Yang dijirus oleh sungai dan hujan 10 peratus dan dijirus dengan unta 5 peratus.? (HR Muslim)
Manakala bagi tanam-tanaman yang mengunakan kedua-dua cara di atas maka telah ditetapkan kadar alternatif sebanyak 7.5%
*Pilihan diberikan kepada pengusaha
untuk mengira sama ada menggunakan kaedah Zakat Pertanian ataupun kaedah
Zakat Perniagaan. Kebiasaannya hanya makanan asasi sahaja yang dikira
mengikut kaedah Zakat Pertanian. Manakala bagi tanam-tanaman yang lain
akan dikira mengikut kaedah Zakat Perniagaan. Hal ini kerana tanaman
tersebut diusahakan dengan jumlah yang banyak serta dipelbagaikan dengan
usaha yang lain dan selalunya diniagakan dalam pelbagai industri
perniagaan.
9. Zakat Ternakan
Zakat
ternakan dikeluarkan daripada hasil ternakan binatang-binatang yang
dijadikan ternakan seperti lembu, kerbau, kambing, biri-biri dan unta.
Binatang-binatang
ini adalah yang diternak untuk mendapatkan hasil sama ada dijual hidup,
dagingnya atau hasilnya (contohnya susu), bukan digunakan untuk
melakukan kerja seperti membajak sawah dan mengangkut barang.
Pengiraan zakat ternakan: Kadar zakat ternakan bergantung kepada jenis binatang, jantina dan bilangan.
Dalil Zakat Ternakan
Allah SWT telah menetapkan
ancaman-ancaman yang akan ditimpa kepada sesiapa yang tidak menunaikan
zakat, merujuk kepada hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
Daripada Abu Dzar RA: ?Apabila aku pergi kepadanya (Rasulullah) lalu Baginda berkata: ?Demi jiwaku yang berada di Tangan-Nya, tidaklah seorang lelaki pemilik unta, lembu atau kambing yang tidak menunaikan haknya (zakat) melainkan haiwan tersebut akan didatangkan pada hari kiamat dalam keadaan yang lebih besar dan lebih gemuk. Haiwan tersebut memijaknya dengan kaki-kakinya dan menyondol dengan tanduk-tanduknya. Tatkala haiwan terakhir telah melintas, maka haiwan yang pertama akan dikembalikan kepadanya, hingga pengadilan selesai dilakukan di antara manusia.?? (HR Bukhari & Muslim)
Syarat Wajib Zakat Ternakan
Islam tidak mewajibkan zakat ternakan
pada setiap kuantiti ternakan, akan tetapi mewajibkannya bila memenuhi
syarat-syarat tertentu, iaitu:
- Islam
- Milik Sempurna.
- Cukup nisab. Seseorang itu harus memiliki sejumlah minima yang memungkinkan dia diwajibkan zakat. Bagi ternakan unta, jumlah minima ialah 5 ekor. bagi kambing, tidaklah diwajibkan zakat apabila di bawah 40 ekor. Manakala nisab lembu ialah 30 ekor. Perincian lanjut adalah seperti di bawah.
- Cukup Haul. Cukup haul iaitu genap peredaran masa setahun binatang itu dimiliki atau dibelanya. Bagi anak binatang yang lahir dalam waktu (pertengahan) haul, tidak diwajibkan zakat, namun boleh dikira sekali bagi mencukupkan nisab binatang-binatang ternakan yang sudah matang. Perkara ini merupakan pandangan oleh Abu Hanifah, al Shafi’i, Ibn Hazm dan lain-lain sepertimana yang dinukilkan oleh Dr. Yusuf Al-Qaradawi dalam Fiqh Zakat.
- Digembalakan. Bermaksud ia diurus sepanjang tahun untuk memperoleh susu, dibiakkan atau diperoleh dagingnya. Binatang-binatang ternakan juga perlu ?saaimah? ertinya binatang-binatang itu dipelihara di padang ternakan bebas bagi kebanyakan hari dalam tempoh setahun. Yang dimaksud padang rumput yang mubah adalah padang rumput yang tumbuh dengan sendirinya dan bukan dari hasil usaha manusia.
- Tidak Dipekerjakan. Binatang ternakan yang digunakan untuk bekerja seperti membajak tanah ladang dan mengambil air untuk menyirami tanaman tidak ubah seperti alat-alat yang digunakan untuk mengerjakan tanah tersebut, dan hasilnya yang berupa tanaman dan buah-buahan lah yang sepatutnya wajib dikeluarkan zakatnya.
Nisab dan Kadar Zakat Ternakan
Sesuai dengan ijmak ulama dan hadis-hadis sahih, maka nisab binatang ternakan dan kadar zakatnya adalah seperti berikut:
1-UNTA
Bil. |
Kadar Nisab
|
Kadar Zakat
|
|||
Bilangan
|
Jantina
|
Umur
|
|||
1
|
5 hingga 9 ekor
|
1 ekor kambing biri-biri
|
–
|
1 tahun lebih
|
|
2
|
10 hingga 14 ekor
|
2 ekor kambing biri-biri
|
–
|
1 tahun lebih
|
|
3
|
15 hingga 19 ekor
|
3 ekor kambing biri-biri
|
–
|
1 tahun lebih
|
|
4
|
20 hingga 24 ekor
|
4 ekor kambing biri-biri
|
–
|
1 tahun lebih
|
|
5
|
25 hingga 35 ekor
|
1 ekor unta betina
|
Betina
|
1 tahun lebih
|
|
6
|
36 hingga 45 ekor
|
1 ekor unta betina
|
Betina
|
2 tahun lebih
|
|
7
|
46 hingga 60 ekor
|
1 ekor unta betina
|
Betina
|
3 tahun lebih
|
|
8
|
61 hingga 75 ekor
|
1 ekor unta betina
|
Betina
|
4 tahun lebih
|
|
9
|
76 hingga 90 ekor
|
2 ekor unta betina
|
Betina
|
2 tahun lebih
|
|
10
|
91 hingga 120 ekor
|
2 ekor unta betina
|
Betina
|
3 tahun lebih
|
Jika lebih dari bilangan unta seperti di
atas, maka bagi tiap-tiap empat puluh (40) ekor unta wajib dikeluarkan
zakatnya satu (1) ekor unta betina berumur 2 tahun lebih, dan bagi
tiap-tiap lima puluh (50) ekor anak unta wajib dikeluarkan zakatnya satu
(1) ekor unta betina berumur tiga (3) tahun lebih dan demikian
seterusnya. Hal ini terpakai menurut kebanyakan para ulama?.
Lembu / Kerbau
Bil. |
Kadar Nisab
|
Kadar Zakat
|
||
Bilangan
|
Jantina
|
Umur
|
||
1
|
30 hingga 39 ekor
|
1 ekor
|
Jantan
|
1 tahun lebih
|
2
|
40 hingga 59 ekor
|
1 ekor
|
Betina
|
2 tahun lebih
|
3
|
60 hingga 69 ekor
|
2 ekor
|
Jantan
|
1 tahun lebih
|
4
|
70 hingga 79 ekor
|
1 ekor
|
Jantan
|
1 tahun lebih
|
dan 1 ekor
|
Betina
|
dan 2 tahun lebih
|
||
5
|
80 hingga 89 ekor
|
2 ekor
|
Betina
|
2 tahun lebih
|
6
|
90 hingga 99 ekor
|
3 ekor
|
Jantan
|
1 tahun lebih
|
7
|
100 hingga 109 ekor
|
2 ekor
|
Jantan
|
1 tahun lebih
|
dan 1 ekor
|
Betina
|
dan 2 tahun lebih
|
Apabila bilangan lembu atau kerbau lebih
daripada yang dinyatakan di atas, maka bagi setiap 30 ekor lembu
diwajibkan zakat 1 ekor anak lembu jantan yang berumur satu tahun. Bagi
setiap 40 ekor lembu diwajibkan zakat satu ekor anak lembu betina yang
berumur 2 tahun. Sekiranya ternakan bercampur antara lembu dan kerbau,
maka zakatnya terserah kepada pembayar sama ada boleh memberi
lembu/kerbau yang lain atau daripada pemiliharaan itu. Pilihlah yang
sederhana untuk keluarkan zakat.
SEDANG DI KEMASKINI
Jika semua kambing sampai nisab itu
jantan maka harus dikeluarkan yang jantan sebagai zakat, tetapi apabila
ada antaranya yang betina hendaklah sebahagian dari zakat yang
dikeluarkan itu betina. Jika bercampur kambing biasa dan biri-biri serta
beberapa jenisnya maka apabila cukup nisab, bolehlah dikeluarkan
zakatnya mengikut pilihan tuannya samada kambing biasa atau biri-biri.
PEMILIHAN BINATANG ZAKAT TERNAKAN
Ada beberapa syarat dikehendaki kepada binatang yang ingin diserahkan sebagai zakat, iaitu:
- Bebas dari kecacatan dan kerosakan. Binatang tersebut tidak sakit,
luka, terlalu tua, pekak, tempang dan sebagainya dan kecacatan lain yang
mengurangkan manfaatnya serta nilai harganya. Namun dikecualikan
sekiranya semua binatang ternakan yang diternak mengalamai kecacatan
yang sama. Anas RA meriwayatkan bahawa Abu Bakar RA telah menetapkan
baginya kewajipan yang telah diperintahkan oleh Allah kepada RasulNya
SAW iaitu:
?Dan kambing yang tua (yang telah tanggal gigi-giginya), kambing yang cacat, dan kambing jantan tidak boleh dikeluarkan dalam (pembayaran) zakat kecuali bila dikehendaki oleh petugas zakat.? (HR Bukhari)
- Betina. Terutamanya bagi Unta
- Umur. Telah ditetapkan umur-umur tertentu bagi kadar binatang yang ingin dizakatkan. Keterikatan dengan umur kerana mengambil zakat di bawah umur akan mengurangkan manfaat kepada golongan asnaf, manakala mengambil zakat melebihi umur yang disyaratkan akan menzalimi pemilik binatang tersebut,
- Pertengahan. Para pengutip zakat (amil) tidak boleh mengambil zakat yang terlalu baik atau yang terlalu buruk, akan tetapi harus mengambil yang pertengahan kecuali pemilik tersebut rela menyerahkannya yang paling baik.
*Pilihan diberikan kepada pengusaha
untuk mengira sama ada menggunakan kaedah Zakat Ternakan atau Zakat
Perniagaan. Pemilihan ini diberi kerana kebiasaannya bintang-binatang
ternakan dibela untuk tujuan perniagaan, apatah lagi jika jumlahnya yang
sangat banyak. Tambahan pula ternakan tersebut dipelbagaikan dengan
usaha yang lain dan selalunya diniagakan dalam pelbagai industri
perniagaan.