HADIS
SOHIH TENTANG PERISTIWA ISRAK MIKRAJ
Pada tanggal 27 Rejab setiap
tahunnya, umat Islam di seluruh dunia memperingati peristiwa isra' mi'raj
(israk mikraj) Nabi Muhammad. Dalam al-Qur'an peristiwa itu disampaikan di
antaranya melalui surat al-Isra' ayat pertama.
PERISTIWA agung perjalanan Israk dan Mikraj
Nabi Muhammad SAW adalah kejadian luar biasa yang mencarik adat kebiasaan
manusia. Memang jauh daripada keupayaan akal untuk memikirkan bagaimana Nabi
Muhammad berkelana dalam satu malam dengan roh dan jasad dari Masjidil Haram di
Mekah menuju ke Masjid Al-Aqsa di Palestin seterusnya dibawa naik menembusi
tujuh petala langit dan menghadap Allah Yang Maha Esa.
Namun bagi hamba Mukminin ini adalah peristiwa
imaniyyah yang menunjukkan kekuasaan dan keagungan Allah SWT kepada seluruh
makhluknya yang berkuasa mutlak mengatur perjalanan menakjubkan itu. Dengan itu
manusia perlu beriman dan meyakini kewujudan Allah sebagai Tuhan Penguasa
sekalian alam.
Setiap hamba perlu sentiasa berusaha untuk membuktikan keimanan dan ketaatan melalui amal ibadah yang ikhlas dilakukan kerana-Nya. Kelalaian berbuat demikian tidak mengurangkan sedikit pun daripada keagungan dan kekuasaan Allah sebaliknya golongan yang ingkar bakal menerima balasan buruk dan seksaan yang amat pedih akibat kelakuan sendiri.
Justeru masyarakat Islam diingatkan supaya tidak
mengabaikan perintah untuk mengerjakan solat lima waktu yang juga difardukan
pada malam Israk dan Mikraj. Kepentingannya diperjelaskan lagi dengan kewajipan
solat yang difardukan secara langsung ketika Nabi SAW menghadap Allah Rab
al-Jalil.
Malah dalam perjalanan tersebut Nabi SAW
ditunjukkan dengan perbuatan malaikat yang rukuk, sujud dan melakukan
pergerakan solat yang lain kemudian dihimpunkan semuanya menjadi ibadah solat
yang difardukan kepada umat Muslimin.
Perkara ini penting untuk diperhatikan kerana
akhir-akhir ini terdapat masyarakat Islam yang langsung tidak mengendahkan
solat apatah lagi solat Jumaat yang menjadi ibadah mingguan. Boleh jadi dengan
sebab itu hilang keberkatan umur, keberkatan rezeki, perniagaan tidak menjadi
malah keluarga porak-peranda dan anak-anak liar tanpa pedoman.
Selain itu, peristiwa Nabi Muhammad SAW menjadi
imam kepada para anbia dan pertemuan dengan nabi terdahulu sebagaimana
disebutkan dalam hadis Israk dan Mikraj menunjukkan Nabi SAW ialah penghulu
segala nabi. Ajaran yang dibawa oleh baginda adalah kesinambungan daripada
ajaran samawiy terdahulu yang tidak bercanggah satu sama lain dan semuanya
mengajak manusia mentauhidkan Allah.
Sebagai nabi terakhir baginda mengingatkan
manusia tentang peristiwa Hari Kiamat yang menghancurkan seluruh alam sekali
gus membawa seruan untuk sentiasa bermuhasabah diri dan menyediakan bekalan
secukupnya.
Kebanyakan kita tahu peristiwa
itu dari cerita yang disampaikan oleh ulama, pendakwah, guru-guru dan sebagainya
melalui ceramah, takzirah dan kutbah.
Melalui posting kali ini saya cuba
mengetengahkan kepada pembaca semua bahwa ada hadis yang shahih sanadnya
bercerita tentang peristiwa itu. Hadis tersebut terdapat di dalam kitab hadis
Shahih Muslim, Kitab Iman, Bab Isra' Rasulullah Saw. ke langit, hadis nombor
234. Lengkapnya hadis tersebut sebagai berikut
حَدَّثَنَا شَيْبَانُ بْنُ فَرُّوخَ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ
سَلَمَةَ حَدَّثَنَا ثَابِتٌ الْبُنَانِيُّ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
أُتِيتُ بِالْبُرَاقِ وَهُوَ دَابَّةٌ أَبْيَضُ طَوِيلٌ فَوْقَ الْحِمَارِ وَدُونَ
الْبَغْلِ يَضَعُ حَافِرَهُ عِنْدَ مُنْتَهَى طَرْفِهِ قَالَ فَرَكِبْتُهُ حَتَّى
أَتَيْتُ بَيْتَ الْمَقْدِسِ قَالَ فَرَبَطْتُهُ بِالْحَلْقَةِ الَّتِي يَرْبِطُ
بِهِ الْأَنْبِيَاءُ قَالَ ثُمَّ دَخَلْتُ الْمَسْجِدَ فَصَلَّيْتُ فِيهِ
رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ خَرَجْتُ فَجَاءَنِي جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام بِإِنَاءٍ
مِنْ خَمْرٍ وَإِنَاءٍ مِنْ لَبَنٍ فَاخْتَرْتُ اللَّبَنَ فَقَالَ جِبْرِيلُ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اخْتَرْتَ الْفِطْرَةَ ثُمَّ عَرَجَ بِنَا
إِلَى السَّمَاءِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ فَقِيلَ مَنْ أَنْتَ قَالَ جِبْرِيلُ
قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ قِيلَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ
بُعِثَ إِلَيْهِ فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا بِآدَمَ فَرَحَّبَ بِي وَدَعَا لِي
بِخَيْرٍ ثُمَّ عَرَجَ بِنَا إِلَى السَّمَاءِ الثَّانِيَةِ فَاسْتَفْتَحَ
جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام فَقِيلَ مَنْ أَنْتَ قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ
مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ قِيلَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ
فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا بِابْنَيْ الْخَالَةِ عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ
وَيَحْيَى بْنِ زَكَرِيَّاءَ صَلَوَاتُ اللَّهِ عَلَيْهِمَا فَرَحَّبَا وَدَعَوَا
لِي بِخَيْرٍ ثُمَّ عَرَجَ بِي إِلَى السَّمَاءِ الثَّالِثَةِ فَاسْتَفْتَحَ
جِبْرِيلُ فَقِيلَ مَنْ أَنْتَ قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ
مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قِيلَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ
قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا بِيُوسُفَ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا هُوَ قَدْ أُعْطِيَ شَطْرَ الْحُسْنِ فَرَحَّبَ وَدَعَا
لِي بِخَيْرٍ ثُمَّ عَرَجَ بِنَا إِلَى السَّمَاءِ الرَّابِعَةِ فَاسْتَفْتَحَ
جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام قِيلَ مَنْ هَذَا قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ
مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ قَالَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ
فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا بِإِدْرِيسَ فَرَحَّبَ وَدَعَا لِي بِخَيْرٍ قَالَ
اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ
{ وَرَفَعْنَاهُ مَكَانًا عَلِيًّا }
ثُمَّ عَرَجَ بِنَا إِلَى السَّمَاءِ الْخَامِسَةِ فَاسْتَفْتَحَ
جِبْرِيلُ قِيلَ مَنْ هَذَا قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ
قِيلَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا
أَنَا بِهَارُونَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَحَّبَ وَدَعَا لِي
بِخَيْرٍ ثُمَّ عَرَجَ بِنَا إِلَى السَّمَاءِ السَّادِسَةِ فَاسْتَفْتَحَ
جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام قِيلَ مَنْ هَذَا قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ
قَالَ مُحَمَّدٌ قِيلَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ
فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا بِمُوسَى صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
فَرَحَّبَ وَدَعَا لِي بِخَيْرٍ ثُمَّ عَرَجَ إِلَى السَّمَاءِ السَّابِعَةِ
فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ فَقِيلَ مَنْ هَذَا قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ
قَالَ مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قِيلَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ
قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا بِإِبْرَاهِيمَ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُسْنِدًا ظَهْرَهُ إِلَى الْبَيْتِ الْمَعْمُورِ
وَإِذَا هُوَ يَدْخُلُهُ كُلَّ يَوْمٍ سَبْعُونَ أَلْفَ مَلَكٍ لَا يَعُودُونَ
إِلَيْهِ ثُمَّ ذَهَبَ بِي إِلَى السِّدْرَةِ الْمُنْتَهَى وَإِذَا وَرَقُهَا
كَآذَانِ الْفِيَلَةِ وَإِذَا ثَمَرُهَا كَالْقِلَالِ قَالَ فَلَمَّا غَشِيَهَا
مِنْ أَمْرِ اللَّهِ مَا غَشِيَ تَغَيَّرَتْ فَمَا أَحَدٌ مِنْ خَلْقِ اللَّهِ
يَسْتَطِيعُ أَنْ يَنْعَتَهَا مِنْ حُسْنِهَا فَأَوْحَى اللَّهُ إِلَيَّ مَا
أَوْحَى فَفَرَضَ عَلَيَّ خَمْسِينَ صَلَاةً فِي كُلِّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ
فَنَزَلْتُ إِلَى مُوسَى صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ مَا فَرَضَ
رَبُّكَ عَلَى أُمَّتِكَ قُلْتُ خَمْسِينَ صَلَاةً قَالَ ارْجِعْ إِلَى رَبِّكَ
فَاسْأَلْهُ التَّخْفِيفَ فَإِنَّ أُمَّتَكَ لَا يُطِيقُونَ ذَلِكَ فَإِنِّي قَدْ
بَلَوْتُ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَخَبَرْتُهُمْ قَالَ فَرَجَعْتُ إِلَى رَبِّي
فَقُلْتُ يَا رَبِّ خَفِّفْ عَلَى أُمَّتِي فَحَطَّ عَنِّي خَمْسًا فَرَجَعْتُ
إِلَى مُوسَى فَقُلْتُ حَطَّ عَنِّي خَمْسًا قَالَ إِنَّ أُمَّتَكَ لَا يُطِيقُونَ
ذَلِكَ فَارْجِعْ إِلَى رَبِّكَ فَاسْأَلْهُ التَّخْفِيفَ قَالَ فَلَمْ أَزَلْ
أَرْجِعُ بَيْنَ رَبِّي تَبَارَكَ وَتَعَالَى وَبَيْنَ مُوسَى عَلَيْهِ السَّلَام
حَتَّى قَالَ يَا مُحَمَّدُ إِنَّهُنَّ خَمْسُ صَلَوَاتٍ كُلَّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ
لِكُلِّ صَلَاةٍ عَشْرٌ فَذَلِكَ خَمْسُونَ صَلَاةً وَمَنْ هَمَّ بِحَسَنَةٍ
فَلَمْ يَعْمَلْهَا كُتِبَتْ لَهُ حَسَنَةً فَإِنْ عَمِلَهَا كُتِبَتْ لَهُ
عَشْرًا وَمَنْ هَمَّ بِسَيِّئَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا لَمْ تُكْتَبْ شَيْئًا
فَإِنْ عَمِلَهَا كُتِبَتْ سَيِّئَةً وَاحِدَةً قَالَ فَنَزَلْتُ حَتَّى
انْتَهَيْتُ إِلَى مُوسَى صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَخْبَرْتُهُ فَقَالَ
ارْجِعْ إِلَى رَبِّكَ فَاسْأَلْهُ التَّخْفِيفَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُلْتُ قَدْ رَجَعْتُ إِلَى رَبِّي حَتَّى
اسْتَحْيَيْتُ مِنْهُ
(MUSLIM - 234) : Telah menceritakan kepada kami Syaiban bin
Farrukh telah menceritakan kepada kami Hammad bin Salamah telah menceritakan
kepada kami Tsabit al-Bunani dari Anas bin Malik
bahwa Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam bersabda: "Aku telah didatangi Buraq. Yaitu seekor
binatang yang berwarna putih, lebih besar dari keledai tetapi lebih kecil dari
bighal. Ia merendahkan tubuhnya sehingga perut buraq tersebut mencapai
ujungnya." Beliau bersabda lagi: "Maka aku segera menungganginya
sehingga sampai ke Baitul Maqdis." Beliau bersabda lagi: "Kemudian
aku mengikatnya pada tiang masjid sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para
Nabi. Sejurus kemudian aku masuk ke dalam masjid dan mendirikan shalat sebanyak
dua rakaat. Setelah selesai aku terus keluar, tiba-tiba aku didatangi oleh
Jibril dengan membawa semangkuk arak dan semangkuk susu. Dan aku pun memilih
susu. Lalu Jibril berkata, 'Kamu telah memilih fitrah'. Lalu Jibril membawaku
naik ke langit. Ketika Jibril meminta agar dibukakan pintu, maka ditanyakan,
'Siapakah kamu? ' Jibril menjawab, 'Jibril'. Ditanyakan lagi, 'Siapa yang bersamamu?
' Jibril menjawab, 'Muhammad.' Jibril ditanya lagi, 'Apakah dia telah diutus? '
Jibril menjawab, 'Ya, dia telah diutus.' Maka dibukalah pintu untuk kami.
Tiba-tiba aku bertemu dengan Nabi Adam, dia menyambutku serta mendoakanku
dengan kebaikan. Lalu aku dibawa naik ke langit kedua. Jibril lalu minta supaya
dibukakan pintu. Lalu ditanyakan lagi, 'Siapakah kamu? ' Jibril menjawab,
'Jibril'. Jibril ditanya lagi, 'Siapa yang bersamamu? ' Jibril menjawab,
'Muhammad.' Jibril ditanya lagi, 'Apakah dia telah diutuskan? ' Jibril
menjawab, 'Ya, dia telah diutuskan'. Pintu pun dibukakan kepada kami. Tiba-tiba
aku bertemu dengan Isa bin Maryam dan Yahya bin Zakaria, mereka berdua
menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik langit
ketiga. Jibril pun meminta supaya dibukakan pintu. Lalu ditanyakan, 'Siapakah
kamu? ' Jibril menjawab, 'Jibril'. Jibril ditanya lagi, 'Siapakah bersamamu? '
Jibril menjawab, 'Muhammad'. Jibril ditanya lagi, 'Apakah dia telah diutuskan?
' Jibril menjawab, 'Ya, dia telah diutuskan'. Pintu pun dibukakan kepada kami.
Tiba-tiba aku bertemu dengan Nabi Yusuf Alaihis Salam, ternyata dia telah
dikaruniakan dengan kedudukan yang sangat tinggi. Dia terus menyambut aku dan
mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik ke langit keempat. Jibril
pun meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi, 'Siapakah
kamu? ' Jibril menjawab, 'Jibril'. Jibril ditanya lagi, 'Siapakah bersamamu? '
Jibril menjawab, 'Muhammad'. Jibril ditanya lagi, 'Apakah dia telah diutuskan?
' Jibril menjawab, 'Ya, dia telah diutuskan'. Pintu pun dibukakan kepada kami.
Tiba-tiba aku bertemu dengan Nabi Idris Alaihis Salam, dia terus menyambutku
dan mendoakan aku dengan kebaikan. Allah berfirman: '(Dan kami telah
menganggkat ke tempat yang tinggi darjatnya) '.
Aku dibawa lagi naik ke langit
kelima. Jibril lalu meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya
lagi, 'Siapakah kamu? ' Jibril menjawab, 'Jibril'. Jibril ditanya lagi,
'Siapakah bersamamu? ' Jibril menjawab, 'Muhammad'. Jibril ditanya lagi,
'Apakah dia telah diutuskan? ' Jibril menjawab, 'Ya, dia telah diutuskan'.
Pintu pun dibukakan kepada kami. Tiba-tiba aku bertemu dengan Nabi Harun
Alaihissalam, dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku
dibawa lagi naik ke langit keenam. Jibril lalu meminta supaya dibukakan pintu.
Kedengaran suara bertanya lagi, 'Siapakah kamu? ' Jibril menjawab, 'Jibril'.
Jibril ditanya lagi, 'Siapakah bersamamu? ' Jibril menjawab, 'Muhammad'. Jibril
ditanya lagi, 'Apakah dia telah diutuskan? ' Jibril menjawab, 'Ya, dia telah
diutuskan'. Pintu pun dibukakan kepada kami. Tiba-tiba aku bertemu dengan Nabi
Musa, dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi
naik ke langit ketujuh. Jibril meminta supaya dibukakan. Kedengaran suara
bertanya lagi, 'Siapakah kamu? ' Jibril menjawabnya, 'Jibril'. Jibril ditanya
lagi, 'Siapakah bersamamu? ' Jibril menjawab, 'Muhammad'. Jibril ditanya lagi,
'Apakah dia telah diutuskan? ' Jibril menjawab, 'Ya, dia telah diutuskan'. Pintu
pun dibukakan kepada kami. Tiba-tiba aku bertemu dengan Nabi Ibrahim
Alaihissalam, dia sedang berada dalam keadaan menyandar di Baitul Makmur.
Keluasannya setiap hari bisa memasukkan tujuh puluh ribu malaikat. Setelah
keluar, mereka tidak kembali lagi kepadanya (Baitul Makmur). Kemudian aku
dibawa ke Sidratul Muntaha. Daun-daunnya besar seperti telinga gajah dan
ternyata buahnya sebesar tempayan." Beliau bersabda: "Ketika beliau
menaikinya dengan perintah Allah, maka sidrah muntaha berubah. Tidak seorang pun
dari makhluk Allah yang mampu menggambarkan keindahannya karena indahnya. Lalu
Allah memberikan wahyu kepada beliau dengan mewajibkan shalat lima puluh waktu
sehari semalam.
Lalu aku turun dan bertemu Nabi Musa Alaihissalam, dia
bertanya, 'Apakah yang telah difardukan oleh Tuhanmu kepada umatmu? ' Beliau
bersabda: "Shalat lima puluh waktu'. Nabi Musa berkata, 'Kembalilah kepada
Tuhanmu, mintalah keringanan karena umatmu tidak akan mampu melaksanakannya.
Aku pernah mencoba Bani Israel dan menguji mereka'. Beliau bersabda: "Aku
kembali kepada Tuhan seraya berkata, 'Wahai Tuhanku, berilah keringanan kepada
umatku'. Lalu Allah subhanahu wata'ala. mengurangkan lima waktu shalat dari
beliau'. Lalu aku kembali kepada Nabi Musa dan berkata, 'Allah telah mengurangkan
lima waktu shalat dariku'. Nabi Musa berkata, 'Umatmu tidak akan mampu
melaksanakannya. Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan lagi'. Beliau
bersabda: "Aku masih saja bolak-balik antara Tuhanku dan Nabi Musa,
sehingga Allah berfirman: 'Wahai Muhammad! Sesungguhnya aku fardukan lima waktu
sehari semalam. Setiap shalat fardu dilipatgandakan dengan sepuluh kali lipat.
Maka itulah lima puluh shalat fardu. Begitu juga barangsiapa yang berniat,
untuk melakukan kebaikan tetapi tidak melakukanya, niscaya akan dicatat baginya
satu kebaikan. Jika dia melaksanakannya, maka dicatat sepuluh kebaikan baginya.
Sebaliknya barangsiapa yang berniat ingin melakukan kejahatan, tetapi tidak
melakukannya, niscaya tidak dicatat baginya sesuatu pun. Lalu jika dia mengerjakannya,
maka dicatat sebagai satu kejahatan baginya'. Aku turun hingga sampai kepada
Nabi Musa, lalu aku memberitahu kepadanya. Dia masih saja berkata, 'Kembalilah
kepada Tuhanmu, mintalah keringanan'. Aku menjawab, 'Aku terlalu banyak
berulang-ulang kembali kepada Tuhanku, sehingga menyebabkanku malu
kepada-Nya'."